Analisis minyak pati daripada Cinnamomum Zeylanicum (kulit), Eugenia Aromatica (bunga), dan Eleltaria Cardamomum (biji) dengan kaedah GC-FID

Athika Ali (2004) Analisis minyak pati daripada Cinnamomum Zeylanicum (kulit), Eugenia Aromatica (bunga), dan Eleltaria Cardamomum (biji) dengan kaedah GC-FID. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002518.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Pengekstrakan minyak pati telah dilakukan ke atas kulit Cinnamomum zeylanicum, bunga Eugenia aromatica dan biji Elettaria eardamomum melalui kaedah penyulingan hidro. Minyak pati bagi ketiga-tiga rempah tersebut dianalisa dengan menggunakan alat kromatografi gas dengan pengionan nyala (GC-FID). Identifikasi komponen kimia yang terkandung di dalam minyak pati bagi ketiga-tiga rempah dilakukan dengan mengira Indeks Kovats (IK) daripada kromatogram dan membandingkan nilai IK kiraan dengan literature. Hasil minyak pati sebanyak 0.5 % bagi kulit kayu manis, 1.3 % bagi bunga cengkih dan 1.6 % bagi biji pelaga. Minyak pati biji pelaga menghasilkan warna yang paling gelap berbanding minyak pati bunga cengkih yang menghasilkan warna yang paling jernih antara ketiga-tiga jenis rempah. Hasil analisa menunjukkan kehadiran 21 komponen dalam minyak pati kulit kayu manis di mana komponen utama yang dijumpai ialah dimetil tetrasulfida, p-metil asetofenon dan geranial. Analisa bagi minyak pati bunga cengkih menunjukkan kehadiran 13 komponen kimia yang dikenalpasti. Komponen utama yang hadir adalah perilaldehid, (E)-2-undecenal dan α-terpina. Sebanyak 13 komponen daripada 15 nilai II( yang dikenalpasti dalam minyak pati biji pelaga.. Beberapa komponen utama yang dikenalpasti daripada kajian adalah benzil asetat, (Z)-2-decenal, nerol dan metil atranilat

Item Type: Academic Exercise
Keyword: extraction, essential oil, Cinnamomum, ionization flame detector (GC-FID), gas chromatography, Kovat Indices (KI)
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 09 Feb 2015 11:33
Last Modified: 24 Oct 2017 14:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10490

Actions (login required)

View Item View Item