Aktiviti antimikrob ekstrak tumbuhan Fibraurea chloroleuca terhadap Staphylococcus aureus, Bacillus cereus dan Candida albicans

Nor Haszirul Samad (2005) Aktiviti antimikrob ekstrak tumbuhan Fibraurea chloroleuca terhadap Staphylococcus aureus, Bacillus cereus dan Candida albicans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002537.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian secara in vitro telah dilakukan untuk menilai kesan ekstrak. Fihraurea chloroleuca sarna ada mempunyai aktiviti seperti agen antibakteria dan agen antifungal. Mikroorganisma yang digunakan dalarn kajian ini ialah Staphylococcus aureus (patogen bakteria manusia), Bacillus cereus dan Candida alhicans (patogen kulat bagi manusia). Bagi ujian antibakteria, kepekatan ekstrak yang digunakan dalam kajian ini adalah 50mg/ml, 100mg/ml, 200mg/ml dan 300mg/ml. Suhu simpanan ekstrak adalah 4°C dan 28°C. Jangkamasa pendedahan yang digunakan ialah 6jam, 24jam, 48jam dan 72jam. Masa simpanan ekstrak yang dikaji ialah pada hari pertama penyediaan ekstrak, hari kedua, hari keempat dan hari ketujuh. Manakala bagi ujian antifungal kepekatan ekstrak yang digunakan adalah 50mg/ml, 100mg/ml, dan 200mg/ml 300mg/ml. Suhu simpanan ekstrak adalah 28°C. Jangkarnasa pendedahan yang digunakan ialah 2jam. Masa simpanan ekstrak yang dikaji ialah pada hari pertama penyediaan ekstrak. Zon pembunuhan bagi bakteria diukur dan pemanjangan tiub gerrna pada C. albicans dikira dan diukur. Didapati bahawa ekstrak F. chloroleuca boleh membunuh S. aureus dan B. cereus. Ekstrakjuga didapati boleh merencat pemanjangan tiub germa C. albicans.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: in vitro, Fihraurea chloroleuca, antifungal agents, extraction, period of exposure, inhibition zone
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 Mar 2015 11:33
Last Modified: 24 Oct 2017 14:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10590

Actions (login required)

View Item View Item