Pengaruh kaedah permainan dan nyanyian terhadap sikap murid pendidikan Islam di daerah Tuaran

Tuty Alawyia Misbah (2016) Pengaruh kaedah permainan dan nyanyian terhadap sikap murid pendidikan Islam di daerah Tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh kaedah permainan.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pengaruh dan hubungan kaedah permainan dan nyanyian terhadap sikap murid Pendidikan Islam. Responden terdiri daripada 240 orang murid tahun Lima di 11 buah sekolah rendah kebangsaan, di daerah Tuaran telah dipilih. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS 21.0. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran min, sisihan piawai, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t tidak bersandar, korelasl Pearson dan regresi berganda untuk menguji hipotesishipotesis kajian. Melalui soal selidik yang yang diberikan, responden diminta menjawab 26 item pelaksanaan aktiviti permainan dan nyanyian yang dijalankan oleh guru dan 12 item tentang sikap murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan responden lelaki dan perempuan bagi kedua-dua varia bel kaedah dan sikap murid. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang positif tetapi sederhana antara kaedah permainan dan nyanyian dengan sikap murid bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, analisis regresi mendapati hanya terdapat kaedah permainan yang mempengaruhi secara signifikan terhadap sikap murid iaitu sebanyak 21.1 peratus. Dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam iaitu bagi meningkatkan sikap murid, seharusnya pendekatan pengajaran berpusatkan murid diamalkan agar dapat membentuk sikap yang positif dalam kalangan murid untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: influence, relationship, game, singing teaching method, attitude, Islamic Education students
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Oct 2017 15:42
Last Modified: 27 Oct 2017 15:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10725

Actions (login required)

View Item View Item