Pengukuran komposisi badan, lilitan pinggang dan penilaian dietari di kalangan remaja dengan berat normal, berat berlebihan dan obes di Sekolah Menengah Shan Tao

Wong, Oi Hee (2007) Pengukuran komposisi badan, lilitan pinggang dan penilaian dietari di kalangan remaja dengan berat normal, berat berlebihan dan obes di Sekolah Menengah Shan Tao. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002591.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan jumlah remaja yang mempunyai berat normal, berat berlebihan dan obes di Sekolah Menengah Shan Tao, menentukan status pemakanan serta faktor-faktor yang mempengaruhi status berat badan responden. Subjek kajian adalah seramai 288 responden lelaki dan perempuan yang berumur 13 hingga 18 tahun. Kajian ini melibatkan pengukuran antropometri iaitu Indeks Jisim Tubuh (IJT) untuk umur, paratus lemak badan, ukuran Iilitan pi nggang , nisbah liIitan pinggang dan pinggul (NPP). Kaedah ingatan diet 24 jam dan borang kekerapan pengambilan makanan digunakan untuk menilai dietari responden. Responden ditemubual mengenai data demografik, sejarah kesihatan, tabiat pemakanan dan gaya hidup mereka. Hasil kajian menunjukkan seramai 100 (69.0%) lelaki dan 129 (90.2%) perempuan mempunyai berat normal (5th hingga 85th persentil), 18 (12.4%) lelaki dan 7 (4.9%) perempuan mempunyai berat berlebihan (≥85th persentil) dan 27 (18.6%) lelaki dan 7 (4.9%) perempuan adalah obes (≥ 95th persentil). Responden yang obes didapati mempunyai paratus lemak tubuh yang lebih tinggi berbanding dengan responden yang berat normal iaitu 21 (11.8%) lelaki dan 7 (4.9%) perempuan dalam kategori obes mempunyai peratus lemak tubuh yang tinggi. pengukuran lilitan pinggang menunjukkan seramai 24 (16.6%) lelaki dan 40 (28.0%) perempuan berada dalam kategori berisiko. Nisbah pinggang dan pinggul menunjukkan seramai 33 (22.8%) lelaki dan 40 (28.0%) perempuan berada dalam kategori berisiko. Terdapat perbezaan signifikan (ANOVA, p<0.05) bagi berat normal, berat bertebihan dan obes dalam pengukuran lipatan kulit, paratus lemak tubuh, lilitan pinggang dan nisbah pinggang dan pinggul bagi lelaki dan perempuan. Terdapat seramai 44 (15.3%) responden yang mengambil tenaga harian mereka mengikut saranan alaun diet (RNI) Malaysia 2005. Terdapat hubungan yang signifikan (t, p>0.05) bagi faktor-faktor yang mempengaruhi IJT responden; jantina p=0.000. pendapatan bulanan keluarga p=0.002, jumlah pengambilan kalori p=0.000 dan aktiviti fizikal p=0.000. Kesimpulannya, kekerapan berlakunya berat bertebihan dan obes di Sekolah Shan Tao adalah rendah berbanding dengan kadar berat berlebihan dan obes yang dicatatkan di Malaysia (15% bagi berat berlebihan dan 15% bagi obes) bagi 12 hingga 19 tahun yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: obese, SM Shan Tao, dietary, food intake
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 Apr 2015 12:36
Last Modified: 25 Oct 2017 14:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10894

Actions (login required)

View Item View Item