Kajian pengeringan ke atas kualiti tomato

Choong, Weng Chun (2007) Kajian pengeringan ke atas kualiti tomato. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002593.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengkaji praperlakaun yang berlainan terhadap kualiti tomato kering yang dihasilkan dengan oven perolakan. Sebanyak sembilan kombinasi praperlakuan telah digunakan dan dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu penceluran, penceluran dan perendaman dalam larutan natrium metabisulfit, serta penceluran dan perendaman dalam larutan garam. Dalam setiap kumpulan terdapat tiga masa penceluran yang digunakan iaitu 1.5 minit, 5 minit, dan 10 minit. Kesembilan - sembilan sampel tomato kering P1 hingga P9 yang dihasilkan telah menjalani ujian penghidaratan, ketumpatan, dan ujian BIB (Balanced Incomplete Block Designs) untuk atribut warna dan rupa bentuk bagi mengenapastikan kualitinya selepas pengeringan. Keputusan ujian penghidratan menunjukkan bahawa sampel P6 mempunyai nisbah penghidratan yang paling tinggi iaitu 9.47. Sampel P6 juga menunjukkan ketumpatan yang paling rendah, 47.44 ± 0.59 dan jumlah skor pemeringkatan warna serta rupa bentuk yang paling rendah iaitu 33 dan 39. Berdasarkan keputusan ketiga - tiga ujian tersebut satu formulasi dengan daya penghidratan yang terbaik, ketumpatan yang terendah, serta jumlah skor pemeringkatan bagi wama dan rupa bentuk yang paling rendah dipilih daripada setiap kumpulan praperfakuan untuk kajian penyimpanan. Ujian mutu simpanan bagi sam pel P2, P6, dan P9 dilakukan dengan mernbungkus tomato kering dalam beg plastik polypropylene dan disimpankan pada suhu bilik laitu 26 ±1 ºC. Penyerapan semula kandungan lembapan tomato kering, kiraan yis dan kulat, dan ujian perbandingan berganda untuk atribut wama, rupa bentuk dan penerimaan keseluruhan telah dijalankan setiap minggu selama enam minggu bagi mengkaji mutu simpanan tomato kering. Sampel P6 merupakan sampel yang paling rendah dalam kandungan lembapan selepas enam minggu penyimpanan dan diikuti oleh sampel P2 serta sampel P9. Pertumbuhan yis dan kulat pula mencapai 10³ CFU/g selepas enam minggu penyimpanan yang mana menunjukkan masih pada tahap penerlmaan. Untuk ujian perbandingan berganda atribut wama, rupa bentuk dan penerimaan keseluruhan tidak menunjukkan perbezaan yang signiflkan (p>0.05) selepas penyimpanan selama enam minggu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: dry tomato, quality keeping, convection oven, polypropylene
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 Apr 2015 12:33
Last Modified: 25 Oct 2017 14:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10896

Actions (login required)

View Item View Item