Penilaian input dan produk kurikulum komponen kesusasteraan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Daerah Penampang

James Geoffrey W. Molijoh (2012) Penilaian input dan produk kurikulum komponen kesusasteraan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Daerah Penampang. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000618.pdf

Download (15MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melihat sejauh mana kurikulum Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris (KKBI) diikuti oleh murid di sekolah menengah di Penampang sejak kurikulum ini diperkenalkan pada tahun 2000. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membantu murid menguasai KKBI dengan membekalkan buku teks KKBI di semua sekolah menengah. Justeru, kajian ini bertujuan mentaksir input dan produk KKBI menggunakan model CIPP. Sehubungan dengan itu, tahap penggunaan sumber, tahap strategi pembelajaran dan tahap pencapaian objektif KKBI dikaji menggunakan statistik deskriptif. Statistik inferens digunakan untuk pengujian hipotesis nol. Seramai 300 responden terlibat dalam soal selidik dan ujian dengan kaedah kuantitatif. Data kajian diproses menggunakan SPSS 15.0. Dapatan menunjukkan tahap penggunaan sumber dan strategi adalah pada tahap sederhana manakala tahap pencapaian objektif pada tahap rendah. Melalui ujian Kruskal Wallis, didapati terdapat perbezaan pencapaian objektif KKBI berdasarkan tahap penggunaan sumber dan strategi pada aras <0.05. Ujian korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara penggunaan sumber dan strategi dengan pencapaian objektif pada aras < 0.05. Cadangan kajian akan datang termasuk penggunaan pendekatan temubual dan pemerhatian, mengambil kira semua dimensi CIPP, kajian seluruh Sabah, melihat faktor lain selain sumber dan strategi serta mengkaji mengapa hubungan antara penggunaan sumber dan strategi dengan pencapaian objektif pada aras rendah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: English language, literature, CIPP model, resources, secondary students
Subjects: P Language and Literature > PE English language
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 16 Jun 2015 16:14
Last Modified: 07 Nov 2017 14:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11211

Actions (login required)

View Item View Item