Pembauran maklumat keselamatan jenayah pemerdagangan orang dalam kalangan pelajar di Universiti Malaysia Sabah

Norcikeyonn Samuni (2016) Pembauran maklumat keselamatan jenayah pemerdagangan orang dalam kalangan pelajar di Universiti Malaysia Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pembauran maklumat keselamatan.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Isu jenayah pemerdagangan orang adalah merupakan sebuah isu global yang membawa ancaman kepada kebebasan hak asasi manusia. Tambahan lagi, limitasi pengetahuan dalam kalangan masyarakat terhadap isu jenayah ini menjadi permasalahan utama walaupun terdapat usaha yang dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab yang akhirnya membawa kepada pengkajian ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmanakah proses pembauran maklumat keselamatan jenayah pemerdagangan orang yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa (PDRM, JKDM, JIM, APMM dan JTKS) serta Sahagian Bimbingan Kaunseling Kerjaya (BKBK, UMS) dalam kalangan pelajar IPTA (UMS). Seramai 450 orang responden dipilih dalam kalangan pelajar IPTA (UMS) di tiga buah lokasi kampus (Kota Kinabalu, Sandakan dan Wilayah Persekutuan labuan) menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Pendekatan Teori Difusi Inovasi dan Teori Difusi Ruangan Ekspansi diimplementasi dalam kajian ini. Tiga objektif mendasari kajian ini iaitu (i) Mengenalpasti tahap pengetahuan pembauran maklumat keselamatan jenayah pemerdagangan orang dalam kalangan pelajar (UMS), (ii) Mengkaji medium saluran pembauran maklumat keselamatan jenayah pemerdagangan orang dalam kalangan pelajar di Universiti Malaysia Sabah, dan (iii) Meneliti proses pembauran maklumat keselamatan jenayah pemerdagangan orang oleh pihak agensi penguatkuasa dan pihak pentadbiran IPTA di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Terdapat enam kaedah digunakan dalam kajian ini iaitu melalui kaedah borang soal selidik, temubual mendalam dan tinjauan pakar untuk data primer, data sekunder pula dicerap melalui kaedah tinjauan pustaka, e penyelidikan dan maklumat jabatan. Hasil penemuan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar IPTA (UMS) terhadap isu JPO adalah tinggi iaitu sebanyak (94 %), perasaan bimbang (75 %) dan persepsi keseriusan jenayah ini (84 %). Dalam aspek penguatkuasaan undang-undang dan akta pula menunjukkan pengetahuan pelajar IPTA (UMS) terhadap pematuhan standard minimum (20.2 %), kewujudan akta (76 %), pindaan akta (32.9 %), pelan tindakan kebangsaan (28 %), fungsi MAPO (36.6 %) dan agensi penguatkuasa pembanteras JPO (92 %). Terdapat beberapa bahagian dalam aspek penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan akta berada pada tahap rendah. Kajian ini juga mendapati bahawa medium saluran maklumat televisyen dan juga pelaksanaan kempen dengan hasil analisis skor min (3.97) dan (4.35) iaitu mencapai skala setuju menjadi pilihan utama responden. Proses pembauran maklumat yang dijalankan oleh semua agensi penguatkuasaan termasuk di peringkat IPTA sendiri dikenalpasti turut memberi pengaruh dalam memberi pendedahan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap jenayah pemerdagangan orang dalam kajian ini dengan pelaksanaan program seperti seminar, kempen, forum, paparan iklan dan poster. Justeru, beberapa aspek penambahbaikan telah dicadangkan dalam kajian ini bagi membantu mencari solusi kepada permasalahan limitasi pengetahuan dalam kalangan pelajar sekaligus masyarakat awam terhadap isu jenayah pemerdagangan orang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: human trafficking, information diffusion, UMS student knowledge level, law enforcement
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 24 Oct 2017 11:39
Last Modified: 24 Oct 2017 11:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11505

Actions (login required)

View Item View Item