Geologi am dan geologi struktur kawasan Timur Laut Teluk Sulaman, Kota Belud, Sabah

Siti Fatimah Md Rosly (2007) Geologi am dan geologi struktur kawasan Timur Laut Teluk Sulaman, Kota Belud, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000240.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Ianya terletak 13 km di barat daya pekan Kota Belud, iaitu kira-kira 45km di timur laut Bandar Kota Kinabalu. Kawasan kajian adalah berbentuk segiempat tepat dan dibatasi oleh garis lintang antara 6°15.42' U hingga 6°19.50' U serta garis bujur antara 116°15.19' T hingga 116° 23.25' T. Luas. kawasan kajian adalah 98 km2 Kawasan kajian didominasi oleh Formasi Crocker yang berusia Eosen Lewat-Miosen Awal disertai dengan Endapan Aluvium Kuatemer. Formasi Crocker boleh dibahagikan kepada 4 jenis unit litologi iaitu unit batu pasir tebal berselang lapis syal nipis, unit batu pasir sangat tebal, unit syal merah, dan unit syal kelabu. Kawasan kajian mempunyai sistem saliran baik. Kajian petrografi batu pasir di kawasan kajian menunjukkan mineral utama adalah kuarza di mana ia dikelaskan sebagai kuarza arenit. Proses-proses geomorfologi yang berlaku di kawasan kajian termasuklah luluhawa fizikal, kimia dan biologi serta susutan darat. Analisis struktur perlapisan, lipatan dan sesar normal di kawasan kajian menunjukkan arab daya tegasan maksima (P)adalah berorientasi Barat laut - tenggara manakala analisis terhadap kekar menunjukkan arab tegasan maksima ( P ) di kawasan kajian adalah berorientasi timur laut - barat daya. Kewujudan tren-tren mampatan ini adalah hasil daripada episod defonnasi satu dan dua di mana episod defonnasi satu adalah pembukaan proto Laut China Selatan dan episod defonnasi dua adalah disebabkan oleh pembukaan Laut Sulu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Geomorphologic processes, Structural processes, Crocker formation, Late Eocene-Early Miocene, Sandstone
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE500-639.5 Dynamic and structural geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 08 Nov 2011 16:05
Last Modified: 12 Oct 2017 16:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1152

Actions (login required)

View Item View Item