Kepentingan Monosodium Glutamat (MSG) sebagai penambah perisa di kalangan suri rumah di Pantai Timur Sabah

Zarramahal Biansing (2005) Kepentingan Monosodium Glutamat (MSG) sebagai penambah perisa di kalangan suri rumah di Pantai Timur Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002613.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Konsep asas kajian ini adalah untuk mengetahui kepentingan penggunaan monosodium glutamat (MSG) sebagai penambah perisa di dua kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Sandakan dan Tawau. Penentuan kepentingan penggunaan MSG menggunakan kaedah soal selidik melibatkan 600 responden yang terdiri dari kalangan surirumah. Sejumlah 300 responden merupakan surirumah sepenuh masa, manakala 300 responden lagi ialah surirumah yang bekerja. Hasil keputusan mendapati 91.5% dari responden menggunakan MSG, namun hanya 76.7% sahaja yang menggunakannya untuk meningkatkan rasa makanan. Terdapat segelintir surirumah, sebanyak 21.2%, menjadikan penggunaan penambah perisa ini sebagai sebahagian dari tabiat mereka dalam penyediaan hidangan makanan. Selain itu, perbezaan kadar penggunaan MSG di antara surirumah sepenuh masa dengan surirumah bekerja turut diperhatikan berdasarkan nilai min anggaran jumlah penggunaan harian yang diperolehi. Di mana, nilai min ini menunjukkan kadar penggunaan surirumah sepenuh masa lebih tinggi (10.14 g per hari) jika dibandingkan dengan surirumah bekerja (7.20 g per hari). Di samping itu, 62% dari responden telah sedia maklum tentang keburukan penggunaan MSG tetapi hanya 4.5% responden sahaja yang bimbang ia akan menjejaskan kesihatan. Sebanyak 12.7% responden menganggap kesan buruk bahan tersebut bukanlah satu isu yang penting. Sementara selebihnya mengambil langkah-langkah pencegahan seperti tidak menggunakannya, merendahkan kuantiti pengambilan dan mengurangkan kekerapan penggunaan MSG dalam setiap hidangan makanan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: monosodium glutamate (MSG), flavour enhancer, housewives
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 14 Aug 2015 12:15
Last Modified: 27 Oct 2017 09:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11559

Actions (login required)

View Item View Item