Peneutralan saliran asid lombong (AMD) menggunakan cengkerang laut Crassostrea iradalei dan Anadara grariosa

Murnira Othman (2010) Peneutralan saliran asid lombong (AMD) menggunakan cengkerang laut Crassostrea iradalei dan Anadara grariosa. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002658.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap peneutralan saliran asid lombong (AMD) telah dijalankan dengan menggunakan cengkerang laut Crassostrea iradaleidan Anadara grariosa yang bertindak sebagai bahan peneutral. Sebuah reaktor rawatan telah direkabentuk bagi tujuan rawatan peneutralan. pH saliran, kandungan logam berat dan morfologi permukaan cengkerang dibandingkan sebelum dan selepas rawatan untuk menentukan keupayaan bahan peneutral ini untuk meneutralkan saliran asid lombong. Air saliran asid lombong telah di ambil dari Lombong Tembaga Mamut yang telah menjadi sumber saliran berasid. Pemonitoran pH telah dijalankan selama tujuh hari menggunakan tiga jenis bahan peneutral bagi setiap Ruang Pemonitoran di dalam reaktor rawatan. Keadah Spektroskopi Pelepasan Atom Berpasangan (ICP-OES) telah digunakan untuk menganalisis kandungan logam berat dan Mikroskop Elektron Pengimbas (Scanning Electron Spectrometer, SEM) digunakan untuk mengkaji morfologi permukaan spesies cengkerang yang digunakan semasa rawatan. Pemonitoran pH saliran menunjukkan peningkatan pH daripada pH 3 sehingga ke pH 7 menggunakan ketiga-tiga jenis bahan peneutral selama 24 jam. Kepekatan logam berat juga dapat disingkirkan pada akhir rawatan terutamanya bagi logam aluminium yang menunjukkan penurunan kepekatan sehingga 95% bagi ketiga-tiga jenis bahan peneutral daripada kepekatan purata 205.1 ppm ke 8.5 ppm. Selain itu, terdapat keliangan yang dapat diperhatikan pada permukaan cengkerang A. grariosa manakala cengkerang C. iradalei tidak menunjukkan sebarang keliangan tetapi menunjukkan morfologi permukaan cengkerang yang terhakis di akhir rawatan. Kajian ini menunjukkan cengkerang laut yang digunakan berupaya untuk meneutralkan saliran asid lombong dalam skala makmal dan spesies A. grariosa menunjukkan peningkatan pH tertinggi dengan purata 7.33 di Ruang Pemonitoran 6 di akhir rawatan berbanding spesies C. iradalei yang mempunyai purata pH 7.19.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Acid Mine Drainage (AMD), Crassostrea iradalei, Anadara grariosa, neutralizing agent, marine shells, treatment
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Sep 2015 17:23
Last Modified: 27 Oct 2017 09:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11690

Actions (login required)

View Item View Item