Analisis komposisi sisa pepejal perbandaran di daerah Kota Kinabalu

Kenneth Sylvester Motiung (2010) Analisis komposisi sisa pepejal perbandaran di daerah Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002699.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Sistem pengurusan sisa pepejal perbandaran bersepadu memerlukan beberapa maklumat asas sebelum perlaksanaan dilakukan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kuantiti dan komposisi sisa pepejal perbandaran (SPP) bagi daerah Kota Kinabalu serta penentuan kadar penjanaan sisa pepejal perbandaran Kota Kinabalu. Kajian ini memberi fokus kepada jumlah beg plastik yang terdapat di dalam komposisi SPP daerah Kota Kinabalu. Kajian dijalankan selama dua bulan iaitu dari bulan November hingga Disember 2009 dan persampelan dilakukan dua minggu sekali dengan saiz sampel adalah 0.288 m³. Sebanyak 156 kilogram berat basah sampel sisa pepejal diambil sepanjang kajian dilakukan. Sampel diasingkan secara manual kepada lapan kategori iaitu kaca, kertas, kayu, plastik, tekstil, aluminium, sisa organik dan lain-lain sisa. Berat basah (dalam kg) dan pecahan dalam peratus di tentukan. Peratus komposisi sisa paling tinggi ialah sisa organik (39.10/0), diikuti plastik (31.40/0), kertas (8.97%), lain-lain sisa (7.69%), kaca (6.41%), aluminium (3.2%) kayu (2.56%) dan tektil (0.64%). Daripada sisa plastik, didapati bahawa beg plastik merangkumi 31% daripada keseluruhan berat basah kategori plastik. Sepanjang tempoh kajian dijalankan, kadar penjanaan sisa pepejal perbandaran Kota Kinabalu ialah 0.87 kg/hari/kapita.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: solid waste management, integrated municipal, plastic bag
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 04 Sep 2015 16:41
Last Modified: 27 Oct 2017 10:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11737

Actions (login required)

View Item View Item