Pembungkusan dan kajian mutu penyimpanan stok sup kari campuran rumpai laut

Ku, Siew Hooi (2004) Pembungkusan dan kajian mutu penyimpanan stok sup kari campuran rumpai laut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002710.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk mengkaji jenis bahan pembungkus yang paling sesuai untuk membungkus stok sup kari campuran rumpai laut Eucheuma cottonii. Rupabentuk segiempat sama, segiempat tidak sama, segitiga, trapezium dan bulatan dikaji melalui ujian Penyusunan. Isipadu bagi setiap rupabentuk ditentukan. Kaedah pembungkusan vakum telah digunakan untuk membungkus setiap sampel. Jenis bahan pembungkus yang digunakan dalam kajian ini adalah Polypropylene (PP), Polyethylene (PE), Oriented Polypropylene/ Polypropylene (OPP/PP), Oriented Polypropylene/Vacuum Metalised Cast Polypropylene (OPP/VMCPP) dan aluminium. Sepanjang tempoh penyimpanan, Ujian Perbandingan 8erganda dijalankan untuk menentukan tahap penerimaan setiap jenis bahan pembungkus mempengaruhi kualiti sampel stok sup yang disimpan. Dalam kajian mutu simpanan, analisis kimia dan ujian mikrobiologi dijalankan setiap dua minggu. Serbuk halus yang dihasilkan daripada E. cottonii segar mempunyai nilai peratus kandungan air 7.89 ± 0.01 %. Segiempat sarna merupakan bentuk yang paling diterima secara signifikan (p<0.05). Keputusan menunjukkan isipadu bagi setiap rupabentuk yang berlainan tidak mempunyai perbezaan yang ketara (p>0.05). Hasil menunjukkan pembungkus jenis aluminium dan OPP/VMCPP memyumbangkan lima atribut yang paling banyak disukai secara signifikan (p<0.05) untuk stok sup kari campuran rumpai laut. Keputusan menunjukkan kandungan air sampel bagi kesemua jenis bahan pembungkus menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) di antara tempoh penyimpanan tiga bulan masing-masing. Dari segi jumlah kandungan pepejal larutnya, keputusan telah menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p<0.05) di antara minggu penyimpanan bagi setiap jenis bahan pembungkus kecuali pembungkus jenis pembungkus OPP/VMCPP. Keputusan menunjukkan hari pertama dan minggu terakhir mempunyai perbezaan signifikan (p<0.05) di antara satu sarna lain bagi nilai pH untuk sampel-sampel yang dibungkus dengan setiap jenis pembungkus yang dikaji. Hasil daripada kaedah Total Plate Count menunjukkan pertumbuhan koloni dalam setiap sampel adalah tidak bererti. Secara kesimpulannya, penyelidikan ini telah berjaya memilih jenis aluminium menjadi bahan pembungkus yang paling diterima.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: seaweed, Eucheuma cottonii, curry soup stock, type of packaging, Ranking Test, Vacuum packaging method, Total Plate Count method
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Sep 2015 13:55
Last Modified: 27 Oct 2017 10:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11759

Actions (login required)

View Item View Item