Pencirian silika yang terhasil daripada sabut kelapa sawit dengan menggunakan kaedah pra - rawatan asid dan natrium silikat

Vikneswary Murthy (2010) Pencirian silika yang terhasil daripada sabut kelapa sawit dengan menggunakan kaedah pra - rawatan asid dan natrium silikat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002729.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Matlamat penting menjalankan penyelidikan ini adalah untuk mengekstrak silika daripada sabut kelapa sawit dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah pra-rawatan asid dan juga kaedah natrium sillikat Kedua-dua kaedah sangat berbeza antara satu sama lain tetapi menggunakan suhu pembakaran dan tempoh pembakaran yang sama. Kaedah pra-rawatan asid menggunakan rawatan asid hidroklorik sebetum pembakaran sabut kelapa sawit manakala, kaedah natrium silikat tidak dirawat dengan sebarang asid sebelum pembakaran sabut kelapa sawit. Silika yang terhasil daripada kedua-dua kaedah ini dibandingkan dengan silika tulen untuk membuktikan kehadiran silika dalam sampelnya dengan menggunakan FTIR. Selain itu, peratus kandungan jisim dibandingkan antara kedua-dua kaedah ini. Daripada kedua-dua kaedah ini didapati kaedah pra-rawatan asid merupakan kaedah yang efisien dalam pengekstrakan silika daripada sabut kelapa sawit kerana ia mempunyai peratus kandungan jisim yang tinggi dan kandungan bahan asing yang rendah berbanding dengan kaedah natrium silikat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: oil palm fibre, sodium silicate, acid pre-treatment method, temperature, duration
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 Nov 2015 09:07
Last Modified: 27 Oct 2017 10:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11789

Actions (login required)

View Item View Item