Pengaruh perapatan ibu bapa, rakan sebaya dan penghargaan kendiri ke atas masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti: satu tinjauan di Universiti Malaysia Sabah

R Surammah Ramanaidoo (2012) Pengaruh perapatan ibu bapa, rakan sebaya dan penghargaan kendiri ke atas masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti: satu tinjauan di Universiti Malaysia Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000652.pdf

Download (15MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh perapatan ibu bapa, rakan sebaya dan penghargaan kendiri terhadap masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini juga ingin mengetahui sama ada penghargaan kendiri menjadi perantara kepada hubungan antara perapatan ibu bapa dan rakan sebaya dengan masalah kesihatan mental. Sampel kajian terdiri daripada 500 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dalam kajian ini, masalah kesihatan mental dikategorikan kepada tiga jenis masalah iaitu kemurungan, kebimbangan dan stress yang telah diukur dengan menggunakan "Depression, Anxiety and Stress Scale' (Lovibond & Lovibond, 1995). "Inventory of Parent and Peer Atti1chmenl' (Armsden & Greenberg, 1987) digunakan untuk mengukur perapatan ibu bapa dan rakan sebaya manakala penghargaan kendiri diukur dengan menggunakan ‘’Rosenberg Self-Esteem Scale' (Rosenberg, 1965). "Statistical Package of Social Science' (SPSS) versi 16 telah digunakan untuk menganalisis data. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental secara keseluruhan, kemurungan, kebimbangan dan stres berada dalam tahap rendah iaitu 52.2%, 38.4%, 54% dan 56.4% masing-masing. Korelasi Pearson menunjukkan bahawa penghargaan kendiri mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan masalah kesihatanmental secara keseluruhan (r= -0.397, k< 0.01), kemurungan (r= -0.518, k< 0.01), kebimbangan (r= -0.307, k< 0.01) dan stres (r= -0.267, k< 0.01). Analisis ujian-t menunjukkan faktor jantina dan aliran pengajian tidak berbeza secara signifikan ke atas masalah kesihatan mental. Hasil ujian regresi mendapati bahawa perapatan ibu bapa dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap masalah kesihatan mental. Pada masa yang sama, dapatan kajian juga membuktikan bahawa penghargaan kendiri memainkan peranan sebagai perantara (partial mediation) dalam hubungan antara perapatan ibu bapa dan rakan sebaya dengan masalah kesihatan mental. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Mental health, self-esteem, parent and peer attachment
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Oct 2015 15:32
Last Modified: 07 Nov 2017 15:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11829

Actions (login required)

View Item View Item