Taburan logam berat sepanjang Sungai Mamut,Ranau,Sabah

Bibi Noorarlijannah Binti Mohammad Ali (2012) Taburan logam berat sepanjang Sungai Mamut,Ranau,Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000669.pdf

Download (17MB) | Preview

Abstract

Lombong tembaga Mamut (MCM) yang terletak di hulu Sungai Mamut dilaporkan mencemari kawasan persekitarannya dengan logam termasuk beberapa sungai yang terietak di hilir sungai lombong. Kehadiran logam di persekitaran adalah berpunca daripada air larian dan pelepasan sisa lombong. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji taburan logam (Co, Cu, Fe, Mn, Ni, Pb dan Zn) sepanjang Sungai Mamut. Sebanyak sepuluh lokasl dipilih sebagai stesen persampelan yang mana kedua-dua sampel air dan sedimen di ambit pada lokasi yang sama. Beberapa parameter ditentukan bagi sampel air laitu suhu, pH, kekonduksian elektrik (EC), keupayaan redoks (Eh), bikarbonat (HC03-) dan sulfat (SO4²) manakala logam yang dikaji iaitu kobalt (Co), kuprum (Cu), ferum (Fe),mangan (Mn), nikel (Ni), plumbum (Pb) dan zink (Zn) ditentukan bagi kedua-dua sampel air dan sedimen. Analisis sampel air adalah berdasarkan APHA (1995) manakala kepekatan logam dalam sedimen ditentukan berdasarkan Wilson et al. (2005). Penilaian kualiti air dan sedimen ditakukan dengan menggunakan kedua-dua piawai kualiti air dan sedimen serta indeks sedimen seperti indeks geoakumulasi (Igeo), faktor pengayaan (EF) dan indeks beban pencemar (PU). Hasil analisis yang dilakukan bagi sampel air menunjukkan suhu berada dalam lingkungan 17.37-26.18ºC, pH (pH 3.38-7.29), EC (30.17-2119.57 μscm-¹), Eh (-106-134.07 mV) manakala 23-79.5 mgl-¹ dan 23.3-1294_64 mgl-¹ bagi HC03�dan solo. Kepekatan logam dalam air yang dikaji bagi Co mencatatkan julat 2.36 hlngga 254.38 μgl�¹Cu (14.7-3893.94 μgl�¹), Fe (68.93-11811.05 μgl�¹), Mn(33.16-21974.84 μgl�¹), Ni (21.42-618.91 μgl�¹), Pb (13.11-142.97 μgl�¹) dan Zn(14.2-5208.85 μgl�¹). Hasil analisis menunjukkan turutan kepekatan logam dalam air adalah seperti berikut di mana Mn>Fe>Zn>Cu>Ni>Co>Pb. Kepekatan logam dalam sedimen mencatatkan kepekatan yang lebih tinggl berbanding air disebabkan keupayaan Iogam untuk berakumulasi dalam sedimen. Kepekatan Co dalam sedimen adalah dalam lingkungan 9.22 hingga 42.5 mgkg�¹, Cu (40.8- 2322.5 mgkg�¹), Fe (14305-58023 mgkg�¹), Mn (145-879.75 mgkg�¹), NI (15.15-515 mgkg�¹), Pb (td-l04.5 mgkg�¹) dan Zn (43.96-159.4O mgkg�¹ ). Manakala, kandungan bahan organik dalam sedimen adalah dalam julat 0.83 hingga 1.69%. Turutan kepekatan logam dalam sedimen adalah seperti berikut di mana Fe>Cu>Mn>Ni>Zn>Pb>Co. Perbandingan dengan Indeks menunjukkan bahawa logam yang hadir dalam sedimen adalah berasal dari sumber antropogenik dan Cu merupakan logam yang paling tercemar berbanding logam yang lain. Melalui analisis XRD yang ditakukan, kuarza merupakan mineral utama yang hadir dalam kawasan kajian diikuti oleh edenit, pirit, krisotil, mika, muskovlt, kalkopirit dan ravatit. Taburan logam menunjukkan kepekatan logam dalam air adalah mengurang menuju hilir sungai disebabkan oleh faktor jarak dan kesan pencairan. Namun, kepekatan logam dalam sedimen adalah tidak sekata menuju hilir sungai. Pola perubahan yang tidak sekata ini adalah disebabkan oleh faktor persekitaran yang menyumbang kepada peningkatan kepekatan logam dalam sedimen dan pelbagal kandungan mineral yang wujud di kawasan kajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Mamut Copper Mine, mine waste, metal distribution, metal concentration, water sample analysis
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 15 Sep 2015 15:00
Last Modified: 07 Nov 2017 15:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11858

Actions (login required)

View Item View Item