Penilaian kesediaan ke sekolah kanak-kanak dan pengaruhnya terhadap penyesuaian di sekolah

Saturia Amiruddin and Agnes Sombuling and Voo, Peter Sui Kiong (2014) Penilaian kesediaan ke sekolah kanak-kanak dan pengaruhnya terhadap penyesuaian di sekolah. In: Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014, 11 December 2014, Kota Kinabalu, Sabah.

[img]
Preview
Text
Penilaian_kesediaan_ke_sekolah_kanak.pdf

Download (46kB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kesediaan ke sekolah kanak-kanak yang memasuki darjah 1. Kesediaan ke sekolah dilihat melalui 3 aspek utama psikologi iaitu kematangan kognitif, fizikal dan sosio-emosi. Selain itu, kajian ini melihat adakah kesediaan ke sekolah akan mempengaruhi penyesuaian kanak-kanak di sekolah. Sebanyak 86orang kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 7 tahun di daerah Tawau dipilih sebagai subjek kajian. Manakala 7 orang guru di perlukan untuk mengisi soal selidik berkaitan dengan penyesuaian kanak-kanak di sekolah. Kajian berbentuk eksperimen dan tinjauan ini menggunakan alat kajian Nijmeegse schoolbekwaamheids test (NST) untuk mengukur tahap kesediaan ke sekolah dan The Survey of Early School Adjustment Difficulty untuk melihat penyesuaian kanak-kanak di sekolah. Analisis deskriptif, ujian-t dan regresi digunakan dalam penerokaan ini. Hasil keputusan ujian menunjukkan hampir keseluruhan kanak-kanak telah bersedia untuk memasuki darjah 1. Selain itu, hasil dapatan daripada ujian-t sampel bebas menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan kesediaan ke sekolah dengan latar belakang prasekolah kanak-kanak dan ini juga dapat di lihat daripada kematangan kognitif yang menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap pengalaman kemasukan kanak-kanak ke prasekolah. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kematangan fizikal dan sosio-emosi terhadap kesediaan ke sekolah kanak-kanak. Dan akhir sekali, melalui ujian regresi sederhana menunjukkan kematangan kognitif menunjukkan satu hubungan linear yang signifikan terhadap penyesuaian di sekolah kanak-kanak. Justeru itu, dapatan ini menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mempunyai tahap kematangan kognitif yang tinggi dalam kesediaan ke sekolah akan menentukan tahap penyesuaian di sekolah yang baik berbanding dengan aspek yang lain seperti kematangan fizikal dan sosio-emosi.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Keyword: Kesediaan Ke Sekolah, Penyesuaian Di Sekolah, Prasekolah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Nov 2015 10:55
Last Modified: 10 Nov 2017 09:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12337

Actions (login required)

View Item View Item