Hubungan antara tanggapan ibu bapa terhadap pendidikan dan kesedaran emosi remaja

Agnes Sombuling and Siti Hajar Kawi (2014) Hubungan antara tanggapan ibu bapa terhadap pendidikan dan kesedaran emosi remaja. In: Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014, 11 December 2014, Kota Kinabalu, Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan_antara_tanggapan_ibu_bapa_terhadap_pendidikan_dan_kesedaran_emosi_remaja.pdf

Download (45kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jika terdapat hubungan di antara tanggapan ibu bapa mengenai pendidikan kepada kesedaran emosi anak. Tanggapan ibu bapa dinilai berdasarkan sikap ibu bapa mengenai pendidikan anak. Kajian ini melibatkan 63 buah keluarga yang mempunyai anak dalam lingkungan umur 14, 15, 16 dan 17 tahun di daerah Keningau, Sabah. Kajian ini menyelidik sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap ibu bapa mengenai pendidikan terhadap kesedaran emosi anak. Soal selidik untuk ibu bapa diambil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Thao (2000) yang mengukur sikap serta penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak, dan soal selidik untuk remaja (anak) pula menggunakan Emotional Awareness Questionnaire (EAQ-30). Kajian ini menggunakan analisis inferensi untuk menguji hipotesis yang telah dibina dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan di antara tanggapan ibu bapa mengenai pendidikan dengan kesedaran emosi yang ditonjolkan oleh anak. Kata Kunci:Tanggapan ibu bapa, pendidikan, emosi anak.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Keyword: Tanggapan ibu bapa, pendidikan, emosi anak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Nov 2015 10:54
Last Modified: 10 Nov 2017 09:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12353

Actions (login required)

View Item View Item