Tinjauan kekerapan pengambilan kalsium di kalangan pelajar luar bandar dan bandar

Nor Anis Azizan (2005) Tinjauan kekerapan pengambilan kalsium di kalangan pelajar luar bandar dan bandar. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000235.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kalsium adalah mineral utama yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membantu fungsi tubuh badan terutama tulang dan gigi. Kajian tinjauan pengambilan kalsium telah dibuat untuk menentukan nilai kalsium yang diambil oleh responden remaja sehari yang berumur 13, 14 dan 16 tahun. Kaedah ingatan semula 24 jam digunakan dan soalan kekerapan pengambilan makanan dibuat yang mana 37 item makanan yang mempunyai kandungan kalsium yang signifikan telah dipilih dan dikaji pengambilannya ke atas 150 orang responden Kota Kinabalu (76 orang lelaki; 74 orang perempuan) dan 150 orang responden Kota Marudu (78 orang lelaki; 72 orang perempuan). Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Likas dan Sekolah Menengah Inanam bagi kawasan Kota Kinabalu dan Sekolah Menengah Kota Marudu dan Sekolah Menengah Tandek bagi kawasan Kota Marudu. Melalui analisis ujian T tidak bergantung yang telah dibuat untuk menganggar pengambilan kalsium, didapati pengambilan kalsium responden Kota Marudu (452.97mg) secara signifikannya adalah lebih rendah berbanding pengambilan kalsium responden kawasan Kota Kinabalu (576.45 mg). Walau bagaimanapun, pengambilan kalsium bagi kedua kawasan adalah tidak menepati saranan RDA (Recommended Dietary Allowance). Berdasarkan ujian Khi-kuasa dua yang telah dijalankan pula menunjukkan frekuensi pengambilan untuk 19 item di dalam soalan kekerapan pengambilan makanan menunjukkan keputusan yang signifikan iaitu bagi makanan seperti oat, ikan sardine dalam tin, ikan selar kuning, udang, siput, kerang. ketam, satang. tempeh, kacang kuda, susu sejat, SUSU pekat manis. susu UHT berperisa coklat, yogurt, keju, minuman bermalt dan jus buah-buahan dengan nilai (P< 0.05). Ini menunjukkan yang kawasan mempengaruhi pengambilan makanan dan seterusnya mempengaruhi pengambilan kalsium di dalam diet responden kerana responden Kota Kinabalu lebih kerap mengambil makanan yang mempunyai kalsium berbanding responden Kota Marudu. Kesimpulannya, pengambilan kalsium adalah lebih tinggi bagi responden Kota Kinabalu berbanding responden Kota Marudu. Walau bagaimanapun. min pengambilan kalsium di kalangan responden adalah lebih rendah berbanding RDA Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Calcium intake, Estimate calcium
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Sep 2011 11:08
Last Modified: 12 Oct 2017 16:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1251

Actions (login required)

View Item View Item