Geologi am dan geologi kejuruteraan tanah di selatan Pulau Labuan

Premnath Govindasamy (2010) Geologi am dan geologi kejuruteraan tanah di selatan Pulau Labuan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002769.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian berletak di selatan Pulau labuan. Kedudukan kawasan kajian ialah pada garis lintang 05º 51' U hingga 05º20' U hingga garis bujur 115° 10' T hingga 115° 15' T. Kawasan kajian dianggarkan seluas 100 km² merupakan kawasan daratan yang rendah yang kerap mengalami kegagalan cerun hasil daripada proses-proses geomorfologi seperti luluhawa dan hakisan. Objektif kajian adalah menghasilkan peta geologi serta mengkaji geologi am, sifat-sifat fiziko-kimia dan sifat-sifat kejuruberaan tanah di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada Endapan Aluvium Kuartener, Formasi Belait, Formass Syal Setap dan Formasi Temburong. Kawasan kajian di percayai mengalami canggaan bertren Barat Laut - Tenggara hasil daripada analisis geologi struktur yang dijalankan di kawasan kajian. Tiga sampel tanah Formass Belait dan dua sampel tanah Forrnasi Temburong yang mewakili litologi berlainan saitu batu pasir, kodak dan lignit diambil dan dikaji. Hasil daripada analisis makmal, kandungan kelembapan sampel tanah berjulat dari 1.09% hingga 21.55% manakala kandungan bahan organik tanah berjulat 2.84% hingga 3.70%. Bacaan nilai pH sampel tanah pula menunjukkan julat daripada berasid hingga beralkali (4.10-7.30). Analisis taburan saiz butiran menunjukkan kehadiran peratusan lempung yang agak tinggi iaitu berjulat antara 5.27% hingga 42.51% dan sampel-sampel dikelaskan sebagas lempung, lempung berpasir dan berlodak, pasir sedikit berlempung dan lodak berpasir yang mana hal ini mempengaruhi sifat kejuruteraan tanah. Analisis had-had Atterberg menunjukkan sampel tanah P5 mempunyai keplastikan tinggi disebabkan kehadiran peratusan lempung yang tinggi situ 42.51% manakala sampel P1, P2, P3 dan S4 pula bersifat keplastikan rendah. Ketumpatan kering maksima bagi ujikaji pemadatan Proctor salah antara 1.52 Mg/m³ hingga 1.86 Mg/m³ dan kekuatan ricih bagi sampel-sampel tanah adalah berjulat dari 9.53 kPa hingga 27.15 kPa. Nilai kebolehtelapan kelima-lima sampel tanah adalah berjulat diantara 3.25 x 10��m/s hingga 2.33 x 10�� m/s.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geological map, properties of soil, Labuan Island, formation
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 04 Mar 2016 10:35
Last Modified: 27 Oct 2017 17:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12936

Actions (login required)

View Item View Item