Penentuan tahap pencemaran faecal coliform di kawasan pesisiran pantai, Pantai Tanjung Aru

Noor Azmizah Andaman (2008) Penentuan tahap pencemaran faecal coliform di kawasan pesisiran pantai, Pantai Tanjung Aru. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002780.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian penentuan tahap pencemaran faecal coliform di kawasan pesisiran Pantai Tanjung Aru telah dijalankan pada bulan Disember 2007, Januari 2008 dan Februari 2008.15 lokasi pensampelan dipilih untuk kajian ini yang mana dibahagikan kepada tiga stesen mengikut lokasi iaitu Stesen A (longkang), Stesen B (saluran keluar air longkang ke laut) dan Stesen C (kawasan air laut). Kajian ini dijalankan untuk mengetahui jumlah faecal coliform di pantai rekreasi Tg. Aru dan membandingkan jumlah faecal coliform pada keadaan air pasang dan air swut. Kaedah Membrane Filtration yang mematuhi kaedah piawai APHA digunakan untuk analisis makmal dengan suhu inkubasi 44.5 ± 0.5 °C untuk 24 ± 2 jam bagi penentuanfaecal coliform. Julat jumlah faecal coliform yang diperolehi sepanjang kajian ini adalah 46-86 cfu100 ml�¹ dengan purata 41 cfu100 ml�¹. Melalui kajian ini didapati bahawa terdapat perbezaan dalam bilangan faecal coliform pada pensampelan semasa air surut dan air pasang (p<0.005). Antara punca pencemaran di kawasan ini adalah longkang-longkang yang menyalurkan sisa-sisa kumbahan dari kawasan medan selera, kawasan perumahan dan kawasan hotel terus ke dalam laut. Secara keseluruhan, kualiti air di kawasan pesisiran Pantai Tanjung Aru didapati masih dalam keadaan baik bagi kegunaan rekreasi kerana min nilai pH dan subu yang diperolehi adalah mematuhi Piawaian Interim Kualiti Air Malaysia 1987 yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia manakala jumlahfaecal coliform bagi semua sampel tidak melebihi piawaian European Union berdasarkan Piawaian European Economic Community Bathing Waters Directive.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: faecal coliform, tide, membrane filtration method, incubation temperature, abundance
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 04 Mar 2016 10:36
Last Modified: 27 Oct 2017 17:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12949

Actions (login required)

View Item View Item