Kalibrasi data APT dari satelit NOAA AVHRR di stesyen penerimaan bumi Sekolah Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Sabah

Amalina Shuhada Abdul Mois (2008) Kalibrasi data APT dari satelit NOAA AVHRR di stesyen penerimaan bumi Sekolah Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002801.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian disertasi ini adalah bertujuan untuk menunjukkan bagaimana imej bagi data APT dikalibrasi dari satelit NOAA AVHRR di Stesyen Penerimaan Bumi Sekolah Sains dan Teknologi (SST), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini dijalankan di Makmal Pemprosesan Isyarat dan Instrumentasi SST, UMS yang boleh menerima dua jenis pancaran spektrum gelombang iaitu Inframerah (IR) dan Cahaya Nampak (VIS). Namun begitu, di dalam kajian ini pancaran Inframerah (IR) telah digunakan berikutan pancaran imej yang lebih baik, dan format yang digunakan adalah format APT (Automatic Picture Transmission). Imej pada 27 Februari 2008 telah digunakan di dalam kajian ini berikutan penerimaan isyarat yang baik pada tarikh tersebut. Imej yang diterima ditafsir menggunakan perisian ERDAS IMAGINE bagi mendapatkan nilai min DV (Digital Value) dan sisihan piawai bagi lapisan 1-16. Seterusnya, nilai kolerasi dapat dihitung dan didapati peratus ketepatan adalah mencapai nilai statistik hampir 95%. Dengan menggunakan rumus suhu blackbody iaitu 0.206 ( nilai bagi AVHRR) + 276.943, hasil kalibrasi suhu yang didapati bagi kawasan kajian yang meliputi Negeri Sabah dan kawasan sekitarnya dengan kedudukan geografi pada latitud 5° 47'N longitud 116° 03'E ialah 297.37K bersamaan 24.15°C.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: GRS, data calibration, infrared transmission, APT
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 04 Mar 2016 10:32
Last Modified: 30 Oct 2017 09:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12962

Actions (login required)

View Item View Item