Geologi am dan sedimentologi kawasan Papar Sabah

Nor Ridhwah Abdol Malek (2010) Geologi am dan sedimentologi kawasan Papar Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002834.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian ter1etak dalam kawasan Papar, berkeluasan 144 km persegi, dibatasi oleh garis bujur 115° 54' T hingga 115° 60' T dan garis lintang 05° 41' U hingga 05° 47' U. Objektif kajian ini adalah bagi membuat kajian mengenai geologi am, menjalankan aspek kajian sedimentologi secara terperinci, dan menghasilkan peta geologi kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan juga endapan aluvium Kuatenar. Kawasan kajian mempunyai utama arah canggaan Timur-Barat berdasarkan analisis lineamen, lapisan, sesar, dan kekar kawasan kajian. Formasi Crocker berusia daripada Eosen Atas hingga Miosen Bawah dan dibahagikan kepada 4 unit batuan iaitu unit batu pasir tebal, unit batu pasir tebal sefang lapis syal nipis bemisbah 2: 1, unit batu pasir nipis seiang lapis syal nipis bemisbah 1:1, dan unit syal tebal selang lapis batu pasir nipis bernisbah 1:5. Jujukan menegak litosb atigrafi kawasan kajian menunjukkan hampir 80 % jujukan menghalus ke atas dan 20 % jujukan mengkasar ke atas. Struktur sedimennya merangkumi kewujudan struktur laminasi, laminasi silang, struktur beban, dan laminasi konvolut Pengelasan batu pasir kawasan kajian adalah jenis litik wak dan asalan kedudukan tektoniknya adalah daripada punca orogen kitar semula. Formasi Crodcer merupakan endapan laut dalam jenis kipas tengah yang terhasil daripada alur, lob, migrasi lob, dan juga levee.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sedimentological analysis, rock, Quaternary alluvial, Crocker Formation, sandstone, lithic wacke, recycled orogenic origin
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 May 2016 13:30
Last Modified: 30 Oct 2017 10:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13196

Actions (login required)

View Item View Item