Analisis kehadiran protein dan enzim Katalase dalam endosperma kelapa tua

Hoo, Li Ling (2014) Analisis kehadiran protein dan enzim Katalase dalam endosperma kelapa tua. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002972.pdf

Download (811kB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkuantifikasi dan membandingkan jumlah protein keseluruhan, jumlah protein terlarut dan aktiviti enzim katalase (KAT dalam endosperma kelapa tua mengikut tiga varieti dan tiga lokasi yang berbeza di Sabah. Ciri fizikal buah iaitu berat dan ketebalan, sifat kimia buah iaitu nilai pH dan °Briks, jumlah protein keseluruhan, jumlah protein terlarut serta aktiviti spesifik enzim dalam endosperma kelapa telah dikaji mengikut varieti (Pandan, MAWA dan Tinggi Malaya) dan lokasi (Kudat, Papar dan Kota Marudu). Kematangan buah kelapa tua yang dikaji adalah berada dalam kematangan 10 hingga 12 bulan. Hasil statistik didapati terdapat interaksi (p<O.OS) bagi kedua-dua sifat kimia buah dan berat endosperma di antara varieti dan lokasi tetapi tiada kesan interaksi (p>0.05)bagi ketebalan endosperma. Justeru, jumlah pepejal terlarut, nilai pH dan berat endosperma akan berubah mengikut lokasi dan varieti kelapa. Manakala, bagi jumlah protein keseluruhan, kelapa MAWA dari Kudat, Papar dan Kota Marudu adalah lebih tinggi secara statistik (p<0.05) berbanding dengan semua sampel yang lain kecuali tiada perbezaan signifikan (p>0.05) dengan kelapa Tinggi di Kudat dan Kota Marudu. Nilai jumlah protein keseluruhan bagi varieti MAWA didapati 14.47% dan 24.37% lebih tinggi (p<0.05) daripada Tinggi Malaya dan Pandan. Bagi jumlah protein terlarut pula, kelapa MAWA dari Kudat adalah berbeza secara siginifikan (p<0.05) dengan semua sampel lain kecuali tidak berbeza dengan kelapa Tinggi Malaya dari Kudat (p>0.05). Nilai jumlah protein terlarut bagi varieti Tinggi Malaya adalah paling tinggi (p<0.05), 18.42% lebih tinggi daripada varieti Pandan yang mempunyai nilai yang terendah. Selain itu, aktiviti KAT bagi varieti MAWA didapati 46.61% dan 36.97% lebih tinggi (p<0.05) berbanding dengan varieti Pandan dan Tinggi Malaya. Aktiviti enzim KAT mempunyai tiada perbezaan signifikan di antara lokasi penanaman (p>0.05). Secara kesimpulannya, jumlah protein keseluruhan adalah berbeza mengikut varieti, jumlah protein terlarut adalah berbeza mengikut varieti yang berbeza atau lokasi penanaman yang berbeza dan enzim KAT hanya berbeza mengikut varieti. Aktiviti KAT dan kandungan protein masing-masing tidak berubah mengikut lokasi penanaman dan varieti di mana terdapat tiada interaksi dapat dikesan (p>0.05) terhadap semua parameter tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Coconut endosperm, proteins , enzyme CAT
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jun 2016 08:38
Last Modified: 30 Oct 2017 11:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13290

Actions (login required)

View Item View Item