Kinetik pengeringan dan pengaruh teknik pengeringan terhadap sifat fizikal dan sifat kimia Kappaphycus alvararezii

Teresa Anak Lasa (2010) Kinetik pengeringan dan pengaruh teknik pengeringan terhadap sifat fizikal dan sifat kimia Kappaphycus alvararezii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002905.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Pengeringan merupakan satu proses yang sangat penting dalam pemprosesan rumpai laut Sifat fizikal dan kimia rumpai laut boleh dipengaruhi oleh teknik pengeringan yang digunakan. Kinetik pengertngan pula selalu digunakan untuk mengambarkan sifat pengertngan sesuatu sampel. Dalam kajian ini, kinetik pengeringan bagi Kappaphycus alvarezii adalah padan dengan model Page apabila modet ini mempunyai nilai R² yang paling tinggi dengan nilai 0.9942. Sifat-sifat kimia dan fizikal Kappaphycus alvarezii yang boleh didapati di Semporna, Sabah telah dikaji. Tiga teknik pengeringan yang dijalankan ke atas Kappaphycus alvarezii ialah pengeringan terus dart matahart, pengeringan teknik solar, dan pengertngan di tempat teduh. Sampel dikeringkan dalam keadaan segar dan dncang. Peratus kandungan air hilang yang paling tinggi ialah apabila menggunakan pengertngan terus dari matahari iaitu 89.2% bagi segar dan 89.1% bagi dncang. ICP-OES digunakan untuk menganalisis kandungan logam berat iaitu kromium (Cr), kadmium (Cd) dan plumbum (Pb). Kandungan logam berat bagi pengeringan matahari bagi sampel yang dikeringkan dalam keadaan segar tinggi iaitu Kromium (Cr) 0.02 mgg�¹, kadmium (Cd) 0.07 mgg�¹ dan plumbum (Pb) 0.19 mgg�¹. Manakala, FT-IR menunjukkan sampel kurang dipengaruhi oleh teknik pengeringan yang digunakan tetapi lebih dipengaruhl oleh keadaan sampel segar dan dncang. Kesemua sampel mengandungi kandungan lipid sebanyak 1 % ke bawah iaitu dalam lingkungan 0.62-1.02%. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kandungan lipid bagi ketiga-tiga teknik pengeringan bagi sampel yang dikeringkan dalam keadaan segar mahupun cincang.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: drying, seaweed, drying kinetics, ICP-OES
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Jun 2016 14:47
Last Modified: 30 Oct 2017 11:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13311

Actions (login required)

View Item View Item