Prestasi kursus bahasa Jepun di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Tan, Ying Shin (2010) Prestasi kursus bahasa Jepun di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003035.pdf

Download (584kB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan prestasi Bahasa Jepun di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), terutama menentukan sama ada terdapat perbezaan antara pelajar yang berpendidikan Bahasa Cina dengan pelajar yang tak berpendidikan Bahasa Cina. Data diperolehi daripada 250 pelajar yang mendaftar kursus Bahasa Jepun tahap 1 dengan prestasi Bahasa Jepun berdasarkan keputusan ujian lisan, ujian pertengahan semester dan peperiksaan akhir. Kajian ini juga, menentukan hubungan antara ujian lisan, ujian pertengahan semester dan peperiksaan akhir kursus Bahasa Jepun, dan mengkaji sama ada terdapat perbezaan prestasi Bahasa Jepun yang signifikan antara etnik, latarbelakang pendidikan dan tahap pendidikan pelajar. Kaedah statistik berperihalan, analisis korelasi, ujian t tak bersandar dan analisis varians digunakan untuk memperihalkan prestasi Bahasa Jepun. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar yang mempunyai latar belakang Bahasa Cina mempunyai prestasi yang lebih baik daripada pelajar yang tidak mempunyai latar belakang Bahasa Cina. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa terdapat hubungan positif antara ujian lisan, ujian pertengahan semester dan peperiksaan Akhir bagi kursus Bahasa Jepun. Selain itu, hasil menunjukkan bahawa etnik dan tahap pendidikan kemasukan tidak mempengaruhi prestasi Bahasa Jepun pelajar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Japanese Language performance , students ethnicity
Subjects: L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Jun 2016 14:36
Last Modified: 01 Nov 2017 15:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13479

Actions (login required)

View Item View Item