Pengawetan buah anggur menggunakan sistem penjanaan ozon

Nur Husna Md Hanipah (2012) Pengawetan buah anggur menggunakan sistem penjanaan ozon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae00000030237.pdf

Download (579kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa sistem penjanaan ozon yang telah direka berfungsi dan boleh menghasilkan gas-gas ozon. Dimana gas-gas ozon ini digunakan bagi memelihara dan menjaga kebersihan buah anggur untuk menjamin kesegaran dan khasiat-khasiat kepada pemakanan manusia. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan di dalam kajian ini untuk mengawet buah anggur. Penyahcasan korona dipilih untuk digunakan bagi menghasilkan gas-gas ozon yang terhasil daripada tenaga voltan yang tinggi. Gas-gas ozon yang terhasil daripada penyahcasan corona ini akan dikesan dengan menggunakan reaksi Sconbein dengan menggunakan kaedah kertas Schonbein. Membandingkan warna ujian kertas Sconbein menggunakan skalar berwarna Schonbein bagi memastikan ketumpatan gas ozon yang dihasilkan. Mikroorganisma yang terdapat pada buah anggur akan di nyahjangkitan oleh gas-gas ozon dan melanjutkan kesegaran dan jangka masa buah anggur. Disamping itu, hasil kajian ini akan dibandingkan dengan pengawetan buah anggur menggunakan sinar gamma. Penggunaan kedua-dua kaedah kajian ini telah banyak digunakan oleh pihak perindustrian makanan. Kajian ini akan membuktikan antara mana kaedah yang paling sesuai digunakan untuk mengawet buah anggur supaya dapat menjamin kualiti dan kebersihan daripada segala mikroorganisma yang ada pada buah anggur ini. Setelah anailisis dilakukan, kajian menunjukkan bahawa buah anggur yang diawet menggunakan sistem penjanaan ozon lebih berkesan berbanding pengawetan menggunakan sinar gamma.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Corona discharge , ozone gas , gamma rays
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Jun 2016 14:46
Last Modified: 01 Nov 2017 15:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13481

Actions (login required)

View Item View Item