Pengatur voltan yang digunakan dalam sistem tenaga angin berskala kecil

Soon, Jia Wei (2010) Pengatur voltan yang digunakan dalam sistem tenaga angin berskala kecil. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003044.pdf

Download (477kB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah membina sebuah litar pengatur voltan yang ringkas dan mengaplikasikannya dalam litar penjana elektrik supaya voltan keluaran yang dihasilkan malar pada voltan yang ditentukan. Pada umumnya, pengatur voltan yang akan digunakan dalam kajian ini adalah pengatur voltan mekanikal dan litar pengatur voltan yang direka. Kajian ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama merupakan peringkat pembinaan litar pengatur voltan dan peringkat kedua ialah proses analisis data. Data-data yang dikumpul adalah digunakan untuk menganalisis voltan masukan dari bekalan kuasa dan motor turbin angin yang akan mempengaruhi voltan keluaran yang dihasilkan selepas pengatur voltan dipasang. Hasil penilaian dijadualkan bagi membandingkan voltan masukan dari bekalan kuasa dan motor turbin angin dengan voltan keluaran selepas pengatur voltan. Kajian terhadap kecekapan litar pengatur voltan dan pengatur voltan mekanikal dijalankan untuk memahami jenis pengatur voltan yang sesuai digunakan untuk mengawal voltan. Kesimpulan daripada hasil kajian ini ialah litar pengatur voltan yang dibinakan dapat berfungsi dengan sempurna dan ia adalah lebih sesuai untuk mengawal voltan. Ini telah dibuktikan bahawa kecekapan bagi litar pengatur voltan dapat malar pada 98.7 % tetapi pengatur voltan mekanikal menghasilkan julat kecekapan yang di antara 80.5 % hingga 95.8 %. Kajian ini dapat memberi satu pengetahuan tentang cara pengatur voltan berfungsi untuk mengawal voltan dan menyelesaikan masalah bahawa bekalan voltan yang terlalu tinggi akan merosakkan alat-alat elektronik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Electrical generator circuit,Alternator , dynamo
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 Jun 2016 09:07
Last Modified: 07 Nov 2017 10:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13505

Actions (login required)

View Item View Item