Permainan minda dua digit menggunakan perisian OpenGL

Akmal Hikmah Moho Nasir (2010) Permainan minda dua digit menggunakan perisian OpenGL. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003045.pdf

Download (563kB) | Preview

Abstract

Disertasi ini membincangkan tentang sebuah permainan menggunakan asas matematik yang diubahsuai dan disiapkan dengan menggunakan perisian openGL. Permainan ini dinamakan Permainan Minda. Permainan ini hanya menggunakan digitdigit sebagai asas permainan dan dihasilkan menggunakan perisian OpenGL.Tujuan utama permainan ini dibuat adalah untuk mengkaji corak nombor yang terhasil apabila operasi asas matematik dilakukan terhadap angka dua digit. Ia juga bertujuan untuk mengubahsuai permainan asal dengan menukarkan penggunaan simbol kepada penggunaan nombor. Permainan ini sangat rnenarik kerana ia bukan sahaja boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan remaja bahkan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Grafik dan animasi yang diperlukan dalam Permainan Minda ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan openGL. Permainan ini juga membuktikan bahawa permainan komputer bukanlah satu perkara yang sia-sia dan hanya membuang masa semata-mata tetapi boleh digunakan sebagai salah satu alat bantuan untuk pembelajaran ilmu matematik di mana ianya menggunakan operasi penambahan, penolakan dan pembahagian. Kesimpulannya, hasil disertasi ini boleh mengubah persepsi masyarakat bahawa bidang matematik sangat luas untuk diterokai dan sangat menarik untuk di kaji.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Open Graphics library (OpenGL), The Flash Mind Reader
Subjects: ?? QA76 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 Jun 2016 09:06
Last Modified: 07 Nov 2017 10:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13506

Actions (login required)

View Item View Item