Geologi am dan geomorfologi pantai dengan kemungkinan berlaku tsunami dj Utara Sandakan, Sabah

Mohammad Nor Bin Talitti (2009) Geologi am dan geomorfologi pantai dengan kemungkinan berlaku tsunami dj Utara Sandakan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003065.pdf

Download (510kB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan di kawasan sebelah timur Sabah iaitu kawasan utara Bandar Sandakan. Bermula dari sekitar kawasan Buli Sim-Sim bingga sekitar kawasan Lapangan Terbang Sandakan pada sebelah daratan dan juga melibatkan pulau yang berhampiran seperti Pulau Berhala dan Pulau Nunuyan Laut. Jwnlah luas seluruh kawasan lebih kurang dalam 92 km2 yang mana terletak. pada garis lintang OS·Sl'U- OS·SS'U dan pada garis bujur 118·03'T-118·09'T. Beberapa unit batuan utama boleh kenalpasti iaitu Formasi Garinono, Formasi Sandakan dan Aluvium kuatemer. Formasi Garinono terdiri daripada endapan gelongsoran yang merupakan pecahan formasi dalam unit melange. Ia mengandungi campuran blok besar batuan tua seperti batu pasir, batu kapur, gabro, spilit, serpentinit, batuan ultrabes dan cert dalam matriks lumpur masif kelabu. Formasi Sandakan merupakan jujukan batuan sedimen berusia Miosen lewat. Pembentukan pengendapan formasi Sandakan adalah terdiri daripada sekitaran delta yang kompleks dengan fluvial dan sekitaran bukan laut. Lapisan lempung kaya dengan foraminifera seperti moluska dan serpihan tumbuhan- fosH kayu. Aluvium lruatemer terdiri daripada dua jenis iaitu Aluvium tak terkonsolidasi dan Aluvium resen yang dibezakan oleh epok. Aluium tak terkonsolidasi ialah sejenis aluvium yang terdiri daripada kehadiran kerikil kuarza, konglomerat, pasir dan lodak yang berlapis. Aluvium resen pula wujud di kawasan rendah seperti pada kawasan pantai dan paya bakau. Dipercayai berasal dari endapan pelupusan kayu dan tumbuhan bercampur lumpur, lodak, butiran pasir. Kajian lebih mendalam dibuat pada kawasan pesisir pantai yang melibatkan tiga komponen utama iaitu geomorfologi pantai, bencana dan risiko. Beberapa faktor di bincangkan dalam setiap komponen seperti pasang surut, jenis pantai, zon bencana dan kepadatan penempatan dirangkumkan dalam mentafsir risiko kemungkinan tsunami. Beberapa kawasan dikenalpasti seperti Buli Sim-Sim, Kg Air, serta beberapa kawasan di Pulau Berhala dan Pulau Nunuyan Laut sepanjan2 pantai dianggap berisiko tinggi, sederhana dan rendah yang dipengaruhi oleh faktor yang disebutkan di atas.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Geomorphology , topography , aluvium
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 27 Jun 2016 10:40
Last Modified: 07 Nov 2017 10:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13526

Actions (login required)

View Item View Item