Geologi am dan sifat jasad batuan di sekitar kawasan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu

Nur Syafiqah Ibrahim (2014) Geologi am dan sifat jasad batuan di sekitar kawasan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002917.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar kawasan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dengan keluasan 138 km2. Kawasan kajian dibatasi oleh garis lintang 06°00' U hingga 06°04' U dan garis bujur 116°05' T hingga 116°15' T. Objektif kajian adalah untuk mengkaji aspek-aspek geologi am dan menghasilkan peta geologi yang terkini bagi kawasan kajian, menentukan sifat jasad batuan bagi Formasi Crocker, menentukan kestabilan cerun batuan dan mengenalpasti rekabentuk cerun yang sesuai. Kawasan kajian terdiri daripada unit litologi Formasi Crocker dan Endapan Kuatemer. Berdasarkan analisis geologi struktur, arah canggaan bagi kawasan kajian ialah bertren Baratlaut-Tenggara. Analisis petrografi menunjukkan batu pasir kawasan kajian ialah jenis greiwak litik. Sampel batuan di kawasan kajian diambil bagi menjalankan ujikaji makmal terhadap sifat batuan. Kandungan kelembapan batu pasir halus kawasan kajian ialah 1.41% dan sederhana ialah 2.11%. Kadar ketumpatan sampel halus ialah 2.86 g/cm³ dan sederhana pula ialah 2.36 g/cm³. Peratus keporosan bagi sampel halus ialah 3.04% dan sederhana 1.67%. Purata sudut geseran asas berclasarkan ujian kemiringan bagi sampel halus ialah 30° dan sederhana ialah 32°. Indeks kekuatan beban titik sampel halus ialah 7.81 MPa dan sederhana ialah 5.47 MPa dikelaskan sebagai sangat kuat. Nilai kekuatan UCS melalui ujian beban titik ialah 171.82 MPa bagi sampel halus dan 120.25 MPa bagi sampel sederhana. Analisis ujian rich terus menunjukkan kekuatan puncak bagi sampel P8 ialah 0.02045 MPa dan kekuatan baki ialah 0.01801 MPa. Ujian mampatan unipaksi P2 (123.76 MPa) dikelaskan sebagai sangat kuat dan Pi (63.10 MPa) sebagai kuat. Analisis ujian mampatan tiga paksi menunjukkan nilai tegasan sampel PSA ialah 48.92 MPa, PSB ialah 64.57 MPa, P7A ialah 130.12 MPa, P7B ialah 170.24 MPa dan P7C ialah 100. 77 MPa. 5udut geseran berdasarkan Bulatan Mohr sampel P5 ialah S1 ° dan P7 ialah 57°. Analisis ragam kegagalan menunjukkan cerun 51, 52, 53 dan S5 tidak mengalami sebarang kegagalan dan cerun 54 berpotensi mengalami kegagalan baji. Kaedah perlindungan dan penstabilan bagi cerun 54 ialah pemotongan cerun, saliran permukaan dan semburan konkrit. Di akhir kajian ini, semua objektif kajian telah tercapai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: rock mass, Crocker Formation, stability, rock slope, design slope, Quaternary sediments
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 27 Jun 2016 10:17
Last Modified: 07 Nov 2017 11:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13531

Actions (login required)

View Item View Item