Potensi Pulau Banggi, Kudat sebagai kawasan ternakan ikan dalam sangkar secara besar - besaran: pengukuran kualiti air

Mohd Asri Ismail (2010) Potensi Pulau Banggi, Kudat sebagai kawasan ternakan ikan dalam sangkar secara besar - besaran: pengukuran kualiti air. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002945.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kawasan di sekitar perairan Pulau Banggi, Kudat sebagai kawasan ternakan ikan dalam sangkar secara besar - besaran dengan menganalisis kualiti air laut di Pulau tersebut. Pengambilan sampel air telah dijalankan pada 5 dan 6 Desember 2009 semasa air pasang dan surut di sekitar Pulau Pantanunan, Mitford Habour, Pulau Sebogoh dan kampung Telutoh, Pulau Banggi. Parameter kualiti air seperti kedalaman, kelajuan arus, pepejal termendak, suhu, kandungan oksigen terlarut, nilai pH, saliniti, nutrien air serta kelimpahan dan tabu ran fitoplankton telah diperiksa dan dianalisis di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah dengan pelbagai kaedah dan teknik. Hasil kajian ini menunjukkan kebanyakkan lokasi kajian mempunyai perairan yang dafam, dengan kelajuan arus sederhana pada julat 30 - 80 cm/saat, memiliki kandungan pepejal termendak yang rendah iaitu dibawah 2 mg/L, mencatatkan bacaan suhu yang normal dan tinggi iaitu pada julat 29 - 30 DC, memiliki kepekatan oksigen terlarut yang tinggi iaitu melebihi 6 ppm, nilai pH air yang tinggi iaitu pada julat 8, saliniti yang normal pada julat 29 - 30 ppt, memiliki nutrien air yang rendah serta kelimpahan dan tabu ran fitoplankton yang normal di semua lokasi kajian. Tiada sebarang bukti menunjukkan kehadiran genus fitoplankton yang boleh menyebabkan kejadian 'air merah' hadir semasa kajian dilakukan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kualiti air di Pulau Banggi berada di paras normal dan dalam keadaan baik. Oleh itu, kebanyakan kawasan perairan di pulau ini adalah sesuai dibangunkan untuk sebarang aktiviti akuakultur. Berdasarkan beberapa faktor kesesualan, Indah Lupih, Timbang Dayong, Galigau, Sebogoh Laut dan Sebogoh Tengah adalah sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan ternakan ikan dalam sangkar secara besar - besaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: water quality, mass cage, diversity, water nutrient
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Jul 2016 09:21
Last Modified: 07 Nov 2017 11:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13572

Actions (login required)

View Item View Item