Mengkaji pengaruhan dan pengekalan kultur kalus kacip fatimah

Siti Aishah Abu Seman (2011) Mengkaji pengaruhan dan pengekalan kultur kalus kacip fatimah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003072.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Labisia pumila atau Kacip Fatimah ialah sejenis tumbuhan herba yang digunakan oleh masyarakat tempatan Melayu sebagaf altematif untuk mempercepatkan kelahiran bayi dan dijadikan sebagai ubat untuk merawat sakit selepas bersalin. Sedar akan kepentingan tumbuhan ini, semakin hari permlntaan terhadap spesis ini semakin tinggi dan sekaligus membawa kepada kekurangan populasi tumbuhan ini. Justeru ftu, bagi mengelak daripada kepupusan spesies Kadp Fatimah, kaedah kultur tisu tumbuhan memainkan peranan penting untuk menghasilkan sumber tanaman ladang secara komersial. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan hormon 2,+0 terhadap pengaruhan kalus daripada batang Labisia pumila var alata, kesan penambahan asid amino arginina dan leusina dan arang untuk mengurangkan pemerangan dalam pengaruhan kalus dan pengekalan kultur kalus Labisia pumila var alas. Selepas 12 minggu pengkulturan, didapatl eksplan yang dikultur pada media yang mengandungi hormon 2,+0 (20 µM) menunjukkan pengaruhan kalus yang paling cepat iaitu seawal minggu ke-4 pengkulturan dan nilai purata skor kalus yang paling tinggi iaitu 4.52 ± 0.85. Terdapat pemerangan pada kalus yang dikultur dalam media tersebut. Seterusnya, asid amino arginina dan leusina digunakan bagi mengkaji kesan asid amino terhadap pengurangan pemerangan pada kalus. Selepas 12 minggu pengkulturan didapati penambahan asid amino gagal mengurangkan pemerangan pada kalus. Peratus pemerangan kalus yang paling rendah 12% ialah pada eskplan yang dikultur dalam media kawalan, manakala peratus pemerangan kalus yang paling tinggi 24% lalah pada media yang mengandungi asid amino leusina. Dalam kajian kesan arang teraktif, didapati bahawa penambahan arang melambatkan pengaruhan kalus. Namun begitu dalam kajian pengekalan kalus, penggunaan arang berkepekatan 0.05 g/L didalam media berjaya mengurangkan kesan keperangan sepanjang 4 minggu pengkulturan. Diharapkan hasil kajian ini dapat digunakan untuk memperbaiki kaedah pengekalan kalus dan seterusnya bagi kajian lanjut untuk regenerasi dan kultur ampaian sel bagi L. pumila.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kacip Fatimah, plant tissue culture, callus induction, stem explant, amino acid arginine, leudne
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Aug 2016 09:41
Last Modified: 20 Nov 2017 11:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13687

Actions (login required)

View Item View Item