Kajian potensi Philonotis sp (Mont.) Bescher (MUSCI) sebagai penunjuk biologi

Gilmoore G. Bolongon (2008) Kajian potensi Philonotis sp (Mont.) Bescher (MUSCI) sebagai penunjuk biologi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003081.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Penggunaan lumut sebagai penunjuk biologi adalah meluas di negara temperat. Namun, di Malaysia kajian potensi lumut sebagai bioindikator masih di peringkat awal. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui potensi Philonotis sebagai penunjuk biologi dengan membandingkan min kepekatan logam berat seperti Zink Plumbum, Kuprum dan Kadmium diantara kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu. Sampel kajian yang diambil daripada Sekolah Sains Dan Teknologi (UMS) didedahkan kepada punca pencemaran iaitu asap kenderaan bermotor selama 28 hari dengan menggunakan kaedah transplantasi. Kepekatan logam berat di dalam sampel kajian diuji dengan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Hasil kajian menunjukkan kesemua logam berat hadir dalam kepekatan yang berbeza pada kesemua sampel kajian yang diuji. Logam berat Zink mempunyai min kepekatan yang paling tinggi diikuti oleh Plumbum, Kuprum, dan yang paling rendah ialah Kadmium. Min kepekatan logam berat Zink Plumbum, Kuprum dan Kadmium bagi Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu ialah masing-masing 45.50 µg/g, 9.61 µg/g, 6.55 µg/g dan 0.74 µg/g. Manakala min kepekatan Zink Plumbum, Kuprum dan Kadmium bagi Bandaraya Kota Kinabalu ialah masing-masing 57.70 µg/g, 9.51 µg/g/g, 9.51 µg/g/g dan 0.98 µg/g. Oleh itu, Bandaraya Kota Kinabalu lebih tercemar berbanding dengan Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu. Walaubagaimana pun. analisis statistik Ujian-t sampel-sampel tidak bersandar menunjukkan nilai yang tidak signifikan (p> 0.05) antara dua kawasan kajian tersebut. Oleh itu, hipotesis nul diterima, manakala hipotesis alternatif ditolak. Kesimpulannya, Philonotis tidak berpotensi untuk dijadikan sebagai penunjuk biologi kepada pencemaran logam berat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: bryophytes, Philonotis, transplant method, Atomic Absorption Spectrophotometer (AAS)
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Aug 2016 09:39
Last Modified: 13 Nov 2017 10:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13698

Actions (login required)

View Item View Item