Kandungan logam berat kuprum(Cu), ferum (Fe), zinK (Zn), plumbum(Pb), kadmium (Cd) dan kromium(Cr) dalam ikan daripada Sungai Kinabatangan, Sabah

Fera @ Nony Cleophas (2008) Kandungan logam berat kuprum(Cu), ferum (Fe), zinK (Zn), plumbum(Pb), kadmium (Cd) dan kromium(Cr) dalam ikan daripada Sungai Kinabatangan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003082.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap kandungan logam berat kromium (Cr), kuprum (Cu), plumbum (Pb), ferum (Fe), kadmium (Cd), dan zink (Zn) dilakukan kepada ikan yang diperolehi daripada Sungai Kinabatangan. Empat spesis ikan (Toxotes sp., Mystus sp., Pangasius sp. dan Kryptopterus sp.) diperolehi daripada dua lokasi persampelan iaitu Sungai Resang( anak sungai Kinabatangan) dan Sungai Kinabatangan (sungai utama). Persampelan dilakukan sebanyak dua kali iaitu semasa musim kering dan musim banjir untuk mengenalpasti perbezaan kepekatan logam berat dalam kedua-dua musim tersebut. Purata berat dan saiz sampel ikan disukat sebelum sampel dibedah untuk mengasingkan organ-organ yang diperlukan untuk analisis. Kandungan logam berat dalam sampel ikan dianalisis dengan menggunakan mesin AAS (Atomic Absorption Spectrometer) selepas proses penghadaman dilakukan dengan menggunakan asid pekat. Keputusan menunjukkan bahawa logam berat Cr, Cu, Pb, Fe, Cd dan Zn mempunyai purata kepekatan maksimum masing-masing pada 2.35 ± 1.83 mg/kg, 1.06 ± 0.2 mg/kg, 1.35 ± 2.03 mg/kg, 28.04 ± 5.39 mg/kg, 0.31 ± 0.22 mg/kg dan 41.7± 13.5 mg/kg dalam tisu ikan. Manakala dalam insang ikan logam berat Cr, Cu, Pb, Fe, Cd dan Zn mempunyai purata kepekatan maksimum masing-masing 8.7± 3.5 mg/kg, 2.9± 1.13 mg/kg, 12.3± 4.5 mg/kg, dan 51.4 ± 22.2mg/kg. logam berat Pb yang dikesan dalam insang ikan melebihi kepekatan maksimum yang dicadangkan oleh Akta Makanan 1983 iaitu 2mgkg�¹ .Walaubagaimanapun, logam Pb berada di bawah had pengesanan pada tisu ikan. Logam Cr, Cu, Fe dan Zn mempunyai kepekatan dibawah kepekatan maksimum yang dicadangkan oleh Akta Makanan 1983. Kepekatan logam berat dalam insang adalah lebih tinggi berbanding dalam tisu ikan.Analisis statistik korelasi menunjukkan terdapatnya hubungan antara saiz dengan kepekatan logam berat dalam ikan. Analisis t-test menunjukkan musim kering mempunyai min kepekatan logam berat dalam ikan yang lebih tinggi daripada musim hujan. Perbandingan yang dilakukan melalui piawai yang disarankan oleh Akta Makanan 1983 menunjukkan bahawa ikan yang digunakan sebagai sumber makanan oleh penduduk dan haiwan sekitar kawasan kajian boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang

Item Type: Academic Exercise
Keyword: fish, heavy metal concentration, digestion
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Aug 2016 09:34
Last Modified: 13 Nov 2017 10:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13699

Actions (login required)

View Item View Item