Kajian mengenai pengetahuan dan persepsi pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap sifat-sifat kimopreventif dalam buah-buahan tempatan dalam pencegahan kanser

Tee, Pei Wen (2014) Kajian mengenai pengetahuan dan persepsi pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap sifat-sifat kimopreventif dalam buah-buahan tempatan dalam pencegahan kanser. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003122.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kadar kematian akibat kanser di Malaysia meningkat seeara drastik pada tahun baru-baru ini. Kajian epidemiologi telah menunjukkan bahawa diet yang merangkumi sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dapat menurunkan kadar kanser. Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan dan persepsi pelajar Universiti Malaysia Sabah mengenai sifat-sifat kimopreventif dalam buah-buahan tempatan dalam peneegahan kanser. Kajian ini melibatkan 403 orang responden dari 10 sekolah yang berbeza yang terdiri daripada 67.2% (N=271) perempuan dan 32.8% (N=132) lelaki. Terdapat 66.0% responden mempunyai tahap pengetahuan yang lemah manakala terdapat 68% responden mempunyai persepsi yang baik mengenai pengambilan buah-buahan tempatan dan sifat-sifat kimopreventive dalam peneegahan kanser. Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan kehadiran hubungan di antara tahap pengetahuan dengan tahap persepsi dengan nilai signifikan 0.001. Kajian inimenunjukkan bahawa Intemet merupakan sumber media komunikasi yang paling utama bagi pelajar UMS (71.2%). Kriteria pemilihan utama buah-buahan tempatan adalah harga buah (71.2%)dan kandungan nutrien (56.1%). Terdapat 85.9% responden membuat keputusan sendiri dan yang lain dipengaruh oleh rakan sebaya, media massa dan keluarga. Kajian ini menunjukkan bahawa 92.1% responden ingin mendapatkan vitamin dan mineral dari buah-buahan tempatan dan 70% responden yang memilih serat. Hanya sebilangan keeil (5.2%) responden yang mengambil berat tentang kandungan fitonutrien. Buah-buahan tempatan yang paling kerap diambil dalam sehari oleh pelajar UMS ialah betik. Kesimpulannya, tahap pengetahuan pelajar adalah pada tahap lemah manakala tahap persepsi pelajar terhadappengambilan buah-buahan tempatan dan sifat-sifat kimopreventive dalam pencegahan kanser adalah agak baik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: knowledge levels, perception, chemopreventive properties, local fruits, cancer prevention
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 Oct 2016 09:43
Last Modified: 06 Oct 2017 14:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14672

Actions (login required)

View Item View Item