Perbandingan kesan tiga jenis baja organik (em bokashi, abu sekam padi dan najis lembu) terhadap perkembangan dan hasil tanaman jagung manis

Hermes Joseph @ Hermes Jipin (2011) Perbandingan kesan tiga jenis baja organik (em bokashi, abu sekam padi dan najis lembu) terhadap perkembangan dan hasil tanaman jagung manis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002851.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Kajian selama 12 minggu telah dijalankan di Makmal Ladang, Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah untuk membandingkan kesan baja organik ke atas prestasi dan hasil tanaman jagung manis varieti manis madu. Tiga jenis baja organik yang digunakan adalah EM bokashi, abu sekam padi dan najis lembu. Kadar baja yang digunakan ialah 3 kg batas�¹ atau 30 t ha�¹ dan batas kawalan pula tidak dibaja. Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Rekabentuk Blok Lengkap Rawak (RCBD) dengan menggunakan empat replikat bagi setiap jenis rawatan. Rawatan tanah dengan baja organik dilakukan sekali sahaja iaitu seminggu sebelum penanaman dijalankan. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara setiap rawatan dari segi ketinggian pokok, bilangan daun, hari mula berbunga, luas permukaan daun, berat segar tongkol, diameter tongkol, panjang tongkol, bilangan bijirin per tongkol dan peratus kandungan gula. Berdasarkan semua keputusan parameter yang telah diperolehi, tanaman jagung manis vaieti manis madu yang telah dirawat dengan baja EM bokashi menunjukkan prestasi dan hasil yang lebih baik berbanding dengan rawatan yang lain. Maka dapat disimpulkan di sini bahawa baja EM bokashi memberikan prestasi perkembangan dan hasil yang lebih baik kepada tanaman jagung manis varieti Manis Madu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: organic fertilizers, sweet corn, sweet honey, performance
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 21 Nov 2016 12:29
Last Modified: 06 Oct 2017 15:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14734

Actions (login required)

View Item View Item