Kesan pemberian kadar baja nitrogen yang tinggi ke atas pertumbuhan, hasil dan kualiti benih padi varieti TQR-2

Clarasia Michael (2011) Kesan pemberian kadar baja nitrogen yang tinggi ke atas pertumbuhan, hasil dan kualiti benih padi varieti TQR-2. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003131.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Satu kajian tentang kesan pembajaan dengan kadar nitrogen yang tinggi (60, 75, 90, 105 dan 120 kg sehektar) ke atas pertumbuhan tanaman dan kualiti benih padi varieti Tuaran Quality Rice (TQR-2) telah dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kadar baja N yang sesuai untuk pertumbuhan tanaman dan penghasilan benih padi berkualiti. Parameter-parameter yang dikajl termasuklah pertumbuhan vegetatif (ketinggian tanaman, ketingglan culm, bilangan anakan dan peratus (%) anakan produktlf), komponen hasil (bilangan tangkal, panjang tangkai, bilangan butiran, berat 1000 butiran (g) dan unjuran hasil) dan kualitf benih (% percambahan benlh, % anak benlh normal dan tldak normal, ketinggian anak benih, panjang akar dan bilangan daun). Penanarnan padi telah dilakukan dalam pasu dengan cara mengubah dan baja N telah diberikan iaitu ½ kgN selepas 15 hari mengubah tanaman dan ½ kgN pada fasa pembentukan primordial. Penjagaan tanaman dilaksanakan selama 4 bulan sehingga hasil dituai dan seterusnya ujian percambahan dilakukan selepas penuaian hasil. Berdasarkan keputusan kajian, semakin tinggi kadar baja N yang diberikan semakin bertambah min ketinggian tanaman [60kgN (8S.SOsm), 7SkgN (90.33sm), 90kgN (91.50sm), 105kgN (92.00sm) dan 120kgN (92.67sm)]. Min bilangan anakan tanaman [6OkgN (14), 75kgN (15), 90kgN (16), 105kgN (18) dan 120kgN (20)] semakin tinggi setelah diberikan kadar pembajaan nitrogen yang semakin tinggt. Oemikian juga halnya yang bertaku dengan min bagi unjuran hasil padi sehektar [60kgN (6.00tan), 75kgN (6.21tan), 90kgN (6.30tan), 105kgN (6.34tan) dan 120kgN (6.48tan)]. Bagi min peratus percambahan benih, pada hart ke 14, kadar baja N yang tinggi (120 kg sehektar) mencatatkan peratus percambahan yang tinggi (84%) dan min anak benih normal yang tinggi (80.67%). Manakala, pemberian kadar baja 60 kgN sehektar mencatatkan nilai min peratus percambahan (53.67%) dan min peratus anak benih normal (49.67%) yang terendah. Dapat dirumuskan bahawa kadar baja 60-90 kgN sehektar semusim adalah kadar yang paling sesuai untuk pertumbuhan, pengeluaran hasil dan penghasilan benih padi yang berkualiti.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nitrogen, vegetative growth, yield, seed quality, paddy variety
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 17 Nov 2016 11:30
Last Modified: 10 Oct 2017 16:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14738

Actions (login required)

View Item View Item