Pemantauan perubahan suhu di Kota Kinabalu

Maxleonjoel Justin (2014) Pemantauan perubahan suhu di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003142.pdf

Download (855kB) | Preview

Abstract

Kawasan bandar mempunyai berbagai jenis guna tanah yang dilitupi dengan alam semulajadi dan juga bahan buatan manusia. Setiap guna tanah tersebut mempunyai kadar simpanan, serapan, pantulan dan juga pemindahan haba yang boleh menghasilkan suhu ambien udara. Pada waktu siang banyak aktiviti manusia yang menyumbang kepada berlakunya perubahan suhu. Aktiviti manusia juga menyumbang kepada pencemaran udara seterusnya mencemarkan alam sekeliling. Fenomena ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan suhu dan haba yang tinggi. Kajian ini memfokuskan kepada dua data yang boleh menghasilkan gambaran terjadinya perubahan iaitu suhu dan juga hujan. Data tersebut dikumpul dari dua stesen di Kota Kinabalu (KK) iaitu kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga kawasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Hasil kajian menunjukkan bahawa kejadian perubahan suhu secara purata bulanan di kawasan UMS ialah antara 0.1 oC sehingga 2.7 oC manakala bagi kawasan KK pula ialah 0.0 oC sehingga 1.0 oC. Hubungkait antara hujan dan suhu juga tidak menunjukkan kaitan antara satu sama yang lain dalam memberi kesan kepada perubahan suhu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Ambient air temperature, pollution , temperature changes , Kota Kinabalu Airport
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 17 Nov 2016 11:07
Last Modified: 10 Oct 2017 16:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14774

Actions (login required)

View Item View Item