Kepekatan kadmium, kuprum, plumbum dan zink dalam bivalvia di Tanjung Dumpil, Putatan

Vun, Shawna Min Fah (2014) Kepekatan kadmium, kuprum, plumbum dan zink dalam bivalvia di Tanjung Dumpil, Putatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003150.pdf

Download (317kB) | Preview

Abstract

Kepekatan kadmium, kuprum, plumbum dan zink dalam tisu lembut bivalvia (Anadara sp., Crassostrea sp., Isognomon sp., dan Placuna sp.) yang dikutip di Tanjung Dumpil, Putatan telah dikaji. Bivalvia tersebut terbahagi kepada pemakan mendapan dan pemakan penapis. Selain itu, analisis air dan sedimen juga dijalankan. Kajian dijalankan untuk menentukan kepekatan logam berat (Cd, Cu, Pb dan Zn) dalam air, sedimen dan tisu lembut bivalvia. Hubungkait antara air, sedimen dan bivalvia juga dikaji menggunakan analisis Pearson. Kaedah aqua regia digunakan untuk analisis sampel dengan menggunakan larutan HNO3:HCl. Kepekatan logam berat ditentukan dengan menggunakan Inductively-Couple Plasma Optical Emission Spectrometry (ICP-OES). Keputusan analisis logam berat dalam air adalah 0.0020-0.0021 mgL-1 bagi Cu, 0.0212-0.0224 mgL-1 bagi Cd, 0.0019-0.0029 mgL-1 bagi Pb dan 0.0291-0.0353 mgL-1 bagi Zn. Analisis logam berat dalam sedimen adalah 0.117-0.248 mgkg-1 bagi Cu, 7.781-13.154 mgkg-1 bagi Cd, 8.134-14.483 mgkg-1 bagi Pb dan 34.867-53.825 mgkg-1 bagi Zn. Kepekatan logam berat dalam tisu lembut bivalvia berada dalam julat 0.031-0.331 mgkg-1 bagi Cd, 1.007-12.633 mgkg-1 bagi Cu, 0.400-1.290 mgkg-1 bagi Pb dan 120.420-667.458 mgkg-1 bagi Zn. Analisis korelasi digunakan untuk membuat perkaitan antara kepekatan logam berat dalam air, sedimen dan bivalvia. Hasil analisis menunjukkan tiada hubungan yang jelas antara air, sedimen dan spesies bivalvia. Kajian mendapati kepekatan logam berat dalam tisu lembut kesemua spesies bivalvia adalah tidak melebihi had yang ditetapkan oleh Peraturan Makanan 1985 (Cd, 1 mgkg-1; Cu, 30 mgkg-1; Pb, 2 mgkg-1 dan Zn, 100 mgkg-1) dan Food and Agricultural Organization (FAO) (Cd, 5.5 mgkg-1; Cu, 100 mgkg-1; Pb, 6 mgkg-1 dan Zn, 100 mgkg-1), kecuali logam berat Zn.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Heavy metals, Inductively Couple Plasma Optical Emission-Spectrometry (ICP-OES), IMWQS , ISQG
Subjects: Q Science > QD Chemistry
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Oct 2016 13:53
Last Modified: 10 Oct 2017 16:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14795

Actions (login required)

View Item View Item