Simulasi perambatan gelombang air menggunakan persamaan air cetek

Siti Maryam Hafiza Mohd Kanafiah (2014) Simulasi perambatan gelombang air menggunakan persamaan air cetek. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003151.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini menerangkan tentang kaedah berangka yang digunakan untuk menyelesaikan persamaan air cetek. Penghampiran persamaan air cetek yang telah diaplikasikan daripada kaedah berangka telah digunakan untuk menunjukkan tentang simulasi perambatan gelombang air dalam satu dimensi dan dua dimensi. Kaedah berangka yang digunakan untuk menyelesaikan persamaan air cetek ialah kaedah perbezaan terhingga. Persamaan pembezaan separa yang digunakan adalah hiperbolik kerana ciri-ciri persamaan air cetek adalah sama dengan persamaan gelombang. Tanda operasi berangka telah diaplikasikan dalam menerbitkan penghampiran persamaan air cetek. Sifat air cetek yang mempunyai kedalaman air lebih rendah berbanding panjang jarak gelombang hampir menyerupai sifat gelombang air tsunami. Oleh itu, persamaan air cetek dalam satu dimensi dan dua dimensi telah diuji untuk model perambatan gelombang air. Model air dalam simulasi perambatan gelombang air satu dimensi menyerupai sifat gelombang air tsunami yang mempunyai panjang jarak gelombang lebih besar berbanding kedalaman air apabila gelombang air menghampiri garis pantai. Untuk simulasi perambatan gelombang air dalam dua dimensi, model ini menerangkan tentang ayunan berangka apabila gelombang menghampiri garis pantai. Perbandingan daripada simulasi dalam projek ini dengan data sebenar menunjukkan model perambatan gelombang air berjaya dihasilkan dengan mengaplikasikan teknik berangka ke dalam persamaan air cetek.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Wave equation , tsunami water , numerical techniques
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Oct 2016 14:07
Last Modified: 10 Oct 2017 16:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14797

Actions (login required)

View Item View Item