Pendorong dominan dan sub dominan kejayaan kerjaya ekspatriat akademik di Universiti Malaysia Sabah

Norazah Mohd Suki and Rusy Adie Razak and Irma Wani Othman and Muhammad Safuan Yusoff (2016) Pendorong dominan dan sub dominan kejayaan kerjaya ekspatriat akademik di Universiti Malaysia Sabah. Labuan e-Journal of Muamalat and Society, 10. pp. 77-85. ISSN 1985-482X

[img]
Preview
Text
Pendorong_dominan_dan_sub_dominan_kejayaan_kerjaya_ekspatriat_akademik_di_Universiti_Malaysia_Sabah.pdf

Download (44kB) | Preview
[img]
Preview
Text
PENDORONG DOMINAN DAN SUB DOMINAN.pdf

Download (178kB) | Preview

Abstract

Era globalisasi memperlihatkan peningkatan organisasi multinasional di peringkat antarabangsa. Kebergantungan organisasi terhadap tenaga kerja pakar dari negara luar yang dikenali sebagai ekspatriat turut meningkat termasuklah dalam sektor pendidikan tinggi di Malaysia. Keperluan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun swasta ke atas tenaga kerja yang terdiri daripada ekspatriat akademik bertujuan bagi memastikan industri pendidikan mampu memperbaiki kedudukan negara ini di peringkat global melalui aspek piawai dan kualiti graduan universiti. Kajian ini memfokuskan faktor utama mendorong kejayaan ekspatriat akademik berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penyelidikan memilih untuk mengaplikasikan pendekatan kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes iaitu persampelan bertujuan menggunakan sesi temu bual separa berstruktur ke atas dua puluh orang akademik ekspatriat yang berkhidmat di UMS. Hasil kajian mendapati bahawa faktor seperti penggunaan bahasa, keluarga dan ciri-ciri personaliti merupakan pendorong kejayaan dominan seseorang ekspatriat akademik semasa berkhidmat di Malaysia. Manakala faktor seperti ekonomi dan hubungan negara tuan rumah dengan negara asal turut menyumbang sebagai subdominan. Hasil dari kajian ini dilihat sebagai satu input berharga bagi ekspatriat akademik itu sendiri dalam menyesuaikan diri dalam kerjaya arena pendidikan tinggi negara sekaligus menggalakkan pengekalan ekspatriat akademik di UMS khususnya dan industri pendidikan tinggi di Malaysia secara amnya.

Item Type: Article
Keyword: Universiti Malaysia Sabah, Academic Expatriates, Dominant Booster , sub-dominant, success, career
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Labuan Faculty of International Finance
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 21 Dec 2016 13:43
Last Modified: 09 Nov 2020 16:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15281

Actions (login required)

View Item View Item