Tabii murid sekolah rendah sebagai pengguna – satu kajian kes di Sekolah Kebangsaan Malawa, Sabah

Mohd Hamdan Adnan (2013) Tabii murid sekolah rendah sebagai pengguna – satu kajian kes di Sekolah Kebangsaan Malawa, Sabah. Jurnal Kinabalu (eJK), 19. pp. 2-27. ISSN 1394

[img]
Preview
Text
Tabii_murid_sekolah_rendah_sebagai_pengguna.pdf

Download (46kB) | Preview

Abstract

Kajian ini cuba mengenal pasti sikap, pengetahuan dan tanggapan murid sekolah rendah terhadap tabii pengguna dan kepenggunaan. Andaian kajian ini ialah bahawa murid sekolah rendah tidak begitu kisah tentang tabii pengguna dan kepenggunaan dalam kegiatan harian mereka. Juga, kajian ini cuba menguji sama ada murid sekolah rendah dipengaruhi oleh media massa, termasuk periklanan dalam membentuk gaya hidup serta urusan membeli-belah mereka daripada keluarga atau rakan mereka. Kaedah kajian ialah temu duga bersemuka dengan responden di dalam bilik kuliah yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. Sekolah Kebangsaan Malawa telah dipilih sebagai tempat tinjauan memandangkan kedudukannya adalah tidak jauh dari Bandaraya Kota Kinabalu dan komposisi muridnya mampu mencerminkan penduduk berbilang kaum Sabah. Selain itu, mata pencarian ibu bapa mereka mampu mencerminkan masyarakat Sabah secara umum. Semua pelajar dari darjah empat ke enam yang hadir pada waktu tinjauan telah menjadi responden. Seramai 237 murid telah ditemu duga dengan 126 lelaki dan 111 perempuan. Penemuan kajian adalah menarik dari segi ada murid yang telah mula dipengaruhi oleh media massa dan periklanan. Secara rasminya ia terjadi dalam kalangan murid darjah enam. Juga, sebilangan besar murid yang disoal mengakui kepentingan pendidikan pengguna dan menyambut baik penubuhan kelab pengguna di sekolah mereka. Hampir kesemua responden mengaku bahawa wang saku mereka mencukupi walaupun jumlahnya seminggu adalah antara RM2 ke RM5. Sebilangan besar responden turut mengaku bahawa mereka menabung. Kajian juga mendapati bahawa mereka mementingkan kesejahteraan alam sekitar.

Item Type: Article
Keyword: Complaints, advertising, media, students, consumers, shopping, schools, bus fare, pocket money
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 14 Feb 2017 14:14
Last Modified: 11 Oct 2017 10:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15630

Actions (login required)

View Item View Item