Teori penentuan agenda dan pemilihan berita buruh kanak-kanak: satu kajian rintis dalam akhbar terpilih di Malaysia

Norhuda Salleh and Dzurizah Ibrahim (2015) Teori penentuan agenda dan pemilihan berita buruh kanak-kanak: satu kajian rintis dalam akhbar terpilih di Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), Specia. pp. 13-28. ISSN 2289-859X

[img]
Preview
Text
Teori_penentuan_agenda_dan_pemilihan_berita_buruh_kanak.pdf

Download (45kB) | Preview

Abstract

Kanak-kanak merupakan generasi yang akan mencorakkan masa depan sesebuah negara. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan kanak-kanak mendapatkan hak yang sewajarnya. Paling utama ialah hak kepada akses pendidikan yang merupakan salah satu agenda dalam Program Transformasi Kerajaan 1.0. Walau bagaimanapun masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasi kanak-kanak untuk dijadikan sebagai buruh. Agak mengejutkan apabila Malaysia dilabel sebagai salah sebuah negara yang berpotensi dalam aktiviti buruh kanak-kanak. Hal ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Maplecroft, sebuah agensi bebas mengenai penggunaan buruh kanak-kanak yang berpangkalan di United Kingdom. Kajian ini merupakan kajian rintis untuk mengenal pasti pemaparan berita buruh kanak-kanak dalam akhbar terpilih. Analisa data dilakukan bagi tempoh sepuluh tahun (2005-2013). Data diperoleh melalui pangkalan data Utusan Malaysia dan juga Bernama. Hasil kajian menunjukkan Kosmo! lebih melaporkan berita berkaitan buruh kanak-kanak berbanding Utusan Malaysia. Pelaporan berita buruh kanak-kanak melibatkan negara luar adalah tinggi berbanding dalam Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: determining the agenda, child labor, media, content analysis
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 14 Feb 2017 14:14
Last Modified: 11 Oct 2017 10:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15636

Actions (login required)

View Item View Item