Kaedah perolehan rancangan televisyen di rtm: isu dan cabaran syarikat produksi tempatan

Arizah Jamil and Zairul Anuar Md. Dawam and Mohd Nor Shahizan Ali (2016) Kaedah perolehan rancangan televisyen di rtm: isu dan cabaran syarikat produksi tempatan. Gendang Alam, 6. pp. 55-75. ISSN 2180-1738

[img]
Preview
Text
Kaedah_perolehan_rancangan_televisyen_di_rtm.pdf

Download (45kB) | Preview
[img]
Preview
Text
KAEDAH PEROLEHAN RANCANGAN TELEVISYEN DI RTM.pdf

Download (382kB) | Preview

Abstract

Sejak tahun 1984, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Perolehan Rancangan telah menetapkan beberapa syarat dan kaedah kepada pembekal-pembekal rancangan atau syarikat produksi yang ingin memasarkan dan menjual rancangan televisyen mereka di RTM 1 (TV1), RTM 2 (TV2) dan TVi. Kaedah perolehan rancangan televisyen bermula dengan sistem agihan jam, sistem tender terbuka, sistem konsortium, sistem tender terhad dan yang terkini adalah mengikut sistem pitching. Namun begitu, setiap kaedah perolehan tersebut telah menimbulkan beberapa isu seperti isu monopoli, isu pengagihan slot jam yang tidak jelas, kewujudan syarikat yang menjual slot jam yang diperoleh kepada syarikat lain (Ali baba), isu pengelasan syarikat dan isu penilaian ketika proses pembentangan dilakukan. Malah, isu-isu yang berlaku ketika pelaksanaan tersebut menyebabkan perubahan sistem pengurusan dalam kaedah perolehan yang dilakukan oleh RTM. Isu-isu ini telah memberikan cabaran kepada pihak penerbit atau syarikat produksi dalam usaha untuk memasar dan menjual produk atau rancangan televisyen mereka ke RTM. Justeru, artikel ini membincangkan lima jenis sistem pengurusan dalam kaedah perolehan rancangan yang pernah dilaksanakan oleh pihak RTM dan seterusnya isu dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat produksi tempatan dalam setiap pelaksanaan kaedah perolehan tersebut. Artikel ini diharap dapat membantu para penerbit memahami kaedah perolehan rancangan televisyen yang dilakukan oleh RTM, sekali gus membantu mereka memperoleh slot televisyen yang ditawarkan.

Item Type: Article
Keyword: RTM, TV shows procurement method, local production companies, tender, distribution slot.
Subjects: ?? PN1990 ??
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 17 Feb 2017 14:11
Last Modified: 24 Nov 2020 11:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15828

Actions (login required)

View Item View Item