Kajian persepsi guru terhadap agihan tugas dan kepuasan kerja

Abdul Said Ambotang and Katriani Maijohn (2014) Kajian persepsi guru terhadap agihan tugas dan kepuasan kerja. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5. ISSN 1985-3637

[img]
Preview
Text
Kajian_persepsi_guru_terhadap_agihan_tugas_dan_kepuasan_kerja.pdf

Download (45kB) | Preview
[img] Text
Kajian persepsi guru terhadap agihan tugas dan kepuasan kerja.pdf
Restricted to Registered users only

Download (369kB)

Abstract

Dalam usaha mencapai kecemerlangan berterusan, kepimpinan sekolah perlu berperanan secara proaktif untuk membangunkan para guru kerana guru merupakan pelaksana dasar, visi dan misi sekolah dalam mencapai matlamat sekolah dan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini meninjau persepsi guru terhadap agihan tugas termasuk aspek beban tugas, perancangan dan kawalan, sikap guru dan kepuasan kerja guru. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang dijalankan terhadap 240 orang guru daripada enam buah sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Kota Kinabalu. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows versi 16.0. Statistik deskriptif (frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai) digunakan untuk membuat bacaan, tafsiran serta menghuraikan hasil kajian. Statistik inferensi (ujian-t dua kumpulan tak bersandar, ANOVA, kolerasi Pearson-r dan regresi berganda) digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap agihan tugas adalah pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara agihan tugas dengan kepuasan kerja guru. Ujian regresi berganda pula menunjukkan sikap guru dan agihan tugas adalah berpengaruh terhadap kepuasan kerja guru. Secara keseluruhannya, kedua-dua aspek ini memberi pengaruh sebanyak 40.7% ke atas kepuasan kerja guru dengan aspek sikap guru adalah pemberi pengaruh yang lebih tinggi berbanding agihan tugas.

Item Type: Article
Keyword: Teacher, attitude , scholl
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 17 Feb 2017 11:20
Last Modified: 31 Jul 2021 22:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15830

Actions (login required)

View Item View Item