Komunikasi guru dalam bilik darjah dan tingkah laku delinkuen murid sekolah menengah

Mohd Khairuddin Abdullah and Khalid Hj Johari and Ag Yusof Ag Chuchu and Halimah Laji (2014) Komunikasi guru dalam bilik darjah dan tingkah laku delinkuen murid sekolah menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5. ISSN 1985-3637

[img]
Preview
Text
Komunikasi_Guru_Dalam_Bilik_Darjah_Dan_Tingkah_Laku_Delinkuen_Murid_Sekolah_Menengah.pdf

Download (43kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara komunikasi guru dalam bilik darjah dengan tingkah laku delinkuen murid sekolah menengah sebuah daerah di Sabah. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik melibatkan responden seramai 80 orang guru. Data-data kajian dianalisis melalui SPSS V18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa halangan kepada keberkesanan komunikasi guru dalam bilik darjah ialah sikap atau tingkahlaku dan sosioemosi guru itu sendiri seperti guru selalu tidak masuk kelas, mudah marah, membosankan dan kawalan yang lemah. Analisis korelasi pearson menunjukkan wujud hubungan negatif yang signifikan antara komunikasi guru dalam bilik darjah, komunikasi lisan dan bukan lisan guru, komunikasi guru dalam bilik darjah dengan tingkah laku delinkuen murid.

Item Type: Article
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 17 Feb 2017 11:21
Last Modified: 11 Oct 2017 11:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15836

Actions (login required)

View Item View Item