Mengesan keberbezaan fungsi item bagi item item ujian pencapaian prinsip perakaunan tingkatan empat di negeri Perak

Lim, Hooi Lian and Subashini Sreenivasan (2015) Mengesan keberbezaan fungsi item bagi item item ujian pencapaian prinsip perakaunan tingkatan empat di negeri Perak. Jurnal Pemikir Pendidikan, 6. ISSN 1985-3637

[img]
Preview
Text
Mengesan_keberbezaan_fungsi_item_bagi_item_item_ujian_pencapaian_prinsip_perakaunan_tingkatan_empat_di_negeri_Perak.pdf

Download (196kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengesan keberbezaan fungsi item (Differential Item Functioning, DIF) bagi item-item ujian pencapaian Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat di negeri Perak. Instrumen kajian merupakan satu set ujian pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang mengandungi 40 soalan aneka pilihan dengan empat fungsi pengganggu. Sampel kajian terdiri daripada 1000 orang pelajar dari 20 buah sekolah negeri Perak. Analisis data telah dijalankan dengan menggunakan Program Winsteps, Microsoft Excel, dan SPSS. Kaedah yang digunakan untuk mengesan DIF ialah analisa statistikal menggunakan nilai t 1.96 pada p= .05. Saiz DIF ditentukan melalui nilai DIF Contrast ± .5. Data dianalisis dan dapatan kajian menunju4kkan: (1) Itemtem di dalam ujian pencapaian Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 menunjukkan 17 item sebagai item suspek DIF. Berdasarkan Nilai DIF Contrast ,tiada item yang disahkan mempunyai saiz DIF yang besar dan boleh diabaikan; (2) Itemitem di dalam ujian pencapaian Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 menunjukkan lapan item sebagai item suspek DIF terhadap jantina. Berdasarkan nilai DIF Contrast, tiada item yang disahkan mempunyai saiz DIF yang besar dan boleh diabaikan. Gambaran yang komprehensif berasaskan maklumat perbezaan prestasi pelajar dengan item-item yang dikaji menunjukkan item tiada kesan DIF yang nyata.

Item Type: Article
Keyword: Differential Item Functioning, DIF, accounting principles , education
Subjects: ?? LB1603 ??
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 06 Feb 2017 13:14
Last Modified: 11 Oct 2017 11:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15854

Actions (login required)

View Item View Item