Sedimentologi batuan neogen Lembangan Maliau, Tongod, Sabah

Chang, Fui Khiong (2009) Sedimentologi batuan neogen Lembangan Maliau, Tongod, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
tm0000000001.pdf

Download (7MB)

Abstract

Lembangan Maliau yang terletak di tengah selatan Sabah dibentuk oleh selang lapis batu pasir dan batu lumpur yang bertanggungjawab membina Formasi Kapilit. Formasi Kapilit yang berusia Miosen tengah hingga awal Miosen Akhir duduk di atas Formasi Tanjong yang berusia Miosen Awal hingga Miosen Tengah secara ketakselarasan bersudut rendah. Formasi Kapilit dengan anggaran ketebalan 7500 meter secara stratigrafinya dibahagikan kepada tiga Unit batuan utama iaitu Unit Bawah (Unit I), Unit Tengah (Unit II) dan Unit Atas (Unit III). Unit Bawah yang kebanyakannya terdiri daripada batu lumpur (95%) dengan sedikit lapisan nipis batu pasir (5%), Unit Tengah terbentuk kebanyakannya terdiri daripada amalgamasi batu pasir tebal (80%) dengan batu Lumpur (20%), manakala Unit Atas terdiri daripada jujukan selang lapis batu pasir (50%) clan batu lumpur (50%). Berdasarkan kepada ciri-ciri litologi, geometri dan struktur primer, sedimen Formasi Kapilit ini telah dibahagikan kepada 8 fasies utama. Fasies-fasies ini termasuklah (i) Fasies A - Fasies Batu Pasir Berpebel/Konglomerat, (ii) Fasies B - Fasies Batu Pasir Masif, (iii) Fasies C - Fasies Batu Pasir Berlapisan Silang, (iv) Fasies D - Fasies Selang Lapis Batu Pasir dengan Batu Lumpur, (v) Fasies E - Fasies Batu Lumpur Tebal dengan Batu Pasir Nipis, (vii) Fasies F - Fasies Batu Lumpur Masif, (viii) Fasies G - Fasies Batu Lumpur Berkarbon dan (ix) Fasies H - Fasies Batu Arang. Unit Bawah terdiri daripada Fasies E dan Fasies F, Unit Tengah terdiri daripada Fasies A, B, C, E, F clan H, manakala Unit Atas terdiri daripada Fasies B, C, D, E, F, G dan H. Asosiasi fasies bagi Unit Bawah mencadangkan sekitaran pengendapan sekitar pelantar (neritik) hingga lembangan (batil), Unit II sekitar deltaik fluvio - hadapan delta (mulut sungai) manakala unit atas pada sekitaran dataran delta-hadapan delta hingga pelantar cetek. Analisis megajujukan mencadangkan perubahan sekitaran pengendapan dari lembangan ke pelantar hingga dataran deltaik fluvio. Analisisi paleoarus dan petrografi menunjukkan sedimen Formasi Kapilit ini diangkut dari selatan dan baratdaya ke utara dan timur laut dengan punca sedimen berasal dari besmen ofiolit (cert) dan formasi yang lebih tua seperti Formasi Labang dan Formasi Sapulut.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sedimentology. Sediments (Geology) Malaysia Sabah, Lembangan Meliau. Rock, Sedimentary. Facies (Geology).
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE420-499 Petrology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Mar 2011 09:24
Last Modified: 14 Nov 2017 15:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1645

Actions (login required)

View Item View Item