Pemencilan dan pengeraman kulat endofit daripada camellia sinensis untuk aktiviti antimikrob

Nur Pazillah Acho (2014) Pemencilan dan pengeraman kulat endofit daripada camellia sinensis untuk aktiviti antimikrob. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pemencilan dan pengeraman kulat endofit.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Endofit adalah sejenis mikroorganisma yang boleh ditemui di dalam tisu tumbuhan hidup. Secara umumnya, endofit dan tumbuhan menjalankan hubungan simbiosis iaitu sejenis hubungan yang saling menguntungkan. Kebanyakan kajian terdahulu menyatakan tumbuhan yang menjadi perumah kepada mikrob endofit akan rintang kepada pelbagai jenis patogen kerana mikrob ini berupaya menghasilkan antibiotik. Camellia sinensis adalah sejenis pokok yang dijadikan minuman sejak dahulu lagi dan dipercayai boleh dijadikan bahan ubat-ubatan. Kini telah banyak laporan yang telah membincangkan tentang potensi farmasiutikal Camellia sinensis, tetapi sangat jarang ditemui laporan atau kajian yang membincangkan tentang mikrob endofit daripada tumbuhan ini. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji kehadiran kulat endofit di dalam pokok Camellia sinensis dan mengkaji aktiviti antimikrobial daripada bahan yang dihasilkan oleh kulat tersebut. Sampel yang digunakan adalah daun, akar dan batang pokok Camellia sinensis yang diambil secara rawak daripada Ladang Sabah Teh. Kemudian, sampel tersebut dipencilkan dan dieramkan di atas Potato Dextrose Agar (PDA). Kulat yang berjaya dipencilkan diperincikan mengikut morfologi seperti warna, bentuk, ketinggian dan margin. Selain itu, kajian mikroskopik juga telah dilakukan untuk mengetahui struktur miselia serta spora kulat tersebut. Pengkelasan mengikut filum, turutan dan keluarga kulat tersebut telah dibuat. Aktiviti antimikrob dikaji menggunakan empat jenis mikroorganisma patogen iaitu kulat penyebab akar merah, Ganoderma Boninense, Psedomonas aeruginosa dan Escherichia coli. Parameter yang digunakan adalah jarak perencatan target mikroorganisma. Hasil kajian menunjukkan, terdapat 41 kulat endofit yang berjaya dipencilkan daripada pokok Camellia sinensis dan enam daripadanya menunjukkan aktiviti antimikrob melawan Ganoderma boninense. Menurut penilitian makroskopik dan mikroskopik yang dibuat, kulat endofit yang telah dipencilkan daripada pokok Camellia sinensis tergolong dalam filum Ascomycotina dan Deuteromycotina. Daripada 41 kulat endofit tersebut, hanya tujuh isolat yang menunjukkan kehadiran spora, dan selebihnya adalah maisilia sterilia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: endophytic fungi, Camellia sinensis, antimicrobial activity, Sabah Tea plantation
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:08
Last Modified: 20 Nov 2017 10:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16865

Actions (login required)

View Item View Item