Kesan rawatan rendaman terhadap kualiti potongan segar buah betik (carica papaya cv.eksotika)

Khairul Ikhwan Inche Abdul Ghani (2015) Kesan rawatan rendaman terhadap kualiti potongan segar buah betik (carica papaya cv.eksotika). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan_rawatan_rendaman_terhadap_kualiti_potongan_segar_buah_betik.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan untuk mengkaji kesan rawatan rendaman terhadap kualiti potongan segar buah betik (Carica papaya cv. Eksotika). Rekabentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah Rekabentuk Rawak Lengkap dengan tujuh jenis rawatan iaitu air suling (kawalan), larutan asid askorbik pada kepekatan (2% w/v), larutan asid sitrik pada kepekatan 1% (w/v), larutan kalsium kiorida pada kepekatan 0.5% (w/v), larutan madu pada kepekatan 10% (v/v), larutan asid askorbik pada kepekatan 2% (w/v) + larutan asid sitrik pada kepekatan 1% (w/v) dan larutan asid askorbik pada kepekatan 2% (w/v) + larutan kalsium kiorida pada kepekatan 0.5% (w/v) dengan tiga replika setiap satu. Selepas 24 jam, kualiti potongan segar buah betik telah dinilai. Dapatan kajian menunjukkan peratus kehilangan berat yang paling rendah dan nilai pH yang paling tinggi telah ditunjukkan oleh rawatan rendaman larutan 10% madu. Manakala, rawatan rendaman larutan 2% asid askorbik pula menunjukkan tahap kepejalan, hue warna dan kandungan pepejal larut yang paling tertinggi. Nilai kroma dan kecerahan warna yang paling tinggi telah ditunjukkan oleh rawatan larutan 0.5% kalsium kiorida. Berdasarkan keputusan kajian, rawatan rendaman larutan 2% asid askorbik telah memberikan kesan yang lebih baik kepada potongan segar buah betik berbanding rawatan kawalan. Namun begitu, kajian telah mendapati rawatan rendaman larutan 0.5% kalsium klorida juga memberikan kesan terhadap kualiti potongan segar buah betik. Kesimpulannya, kajian menunjukkan rawatan rendaman selain rawatan rendaman kawalan iaitu air suling memberikan kesan yang lebih kepada kualiti dan kesegaran potongan segar buah betik. Namun begitu, kajian yang lebih lanjut disarankan terhadap kualiti potongan segar buah betik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: treatment, fresh cut papaya, quality
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 07 Jun 2017 14:29
Last Modified: 13 Oct 2017 09:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17012

Actions (login required)

View Item View Item